in

Pelajar AF2013 Nabila Terima Ugutan Bunuh

Kat bawah entri ini ada gambar bukti Nabila pelajar AF 2013 diugut bunuh. Budiey pasti ramai penonton AF2013 terkejut dan tertanya-tanya, siapakah pelajar Akademi Fantasia yang diumumkan Zizan Razak telah menerima ugutan bunuh. Ya, segala persoalan sudah terjawab apabila Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali adalah pelajar AF 2013 yang diugut bunuh menerusi Facebook baru-baru ini. Seorang pengguna di laman sosial mengandungi kata-kata berbaur ancaman & nada yang serius telah mengugut untuk membaling batu kearah Nabila ketika dia sedang membuat persembahan.

nabila AF2013

Oleh kerana risau dengan ugutan tersebut, Nabila bertindak untuk membuat laporan polis pada awal sabtu 12 Oktober 2013. Sementara itu, Zizan selaku pengacara AF 2013 turut mengumumkan berita ugutan tersebut sebelum konsert AF melabuhkan tirai pada ahad lalu. Kejadian sebegini belum pernah dihadapi oleh mana-mana pelajar AF sejak dari AF 1 lagi dan ini merupakan kejadian yang pertama.

Mesej tersebut dan laporan polis telah dibuat pada 12 Oktober di Balai Polis Nilai untuk tujuan keselamatan.

Nabila juga tidak menyangka dan terkejut mengenai perkara tersebut.

“Selama ini, saya tengok AF, tidak pernah pun perkara sebegini terjadi kepada mereka, tetapi sebaliknya terjadi kepada saya. Saya tidak tahu apa salah saya pada anda. Saya telah diugut bunuh, mereka minta orang rogol saya, mahu baling batu di konsert dan bagi saya perkara ini sangat serius, ini merupakan kali pertama saya terima ugutan. Tipulah kalau saya kata saya tidak trauma atau terganggu dengan mesej-mesej sebegitu, saya terkejut, sedih dan emosi sedikit terganggu. Saya telah memberitahu pada pihak produksi, mereka telah pun membuat laporan polis dan sekarang kami hanya tunggu tindakan polis.”

Kepada peminat Nabila, jangan khuatir kerana pihak polis sedang melakukan penyiasatan untuk mengenal pasti suspek tersebut dan kesemua pelajar AF berada dalam pengawasan polis.

Pelajar AF2013 Nabila Diugut Bunuh

nabila4

nabila

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. dr segi bahasa,mcm org2 belah sabah je yg buat ugutan tu…tp sedih la yg buat ugutan tu…nabila nih bkn ada X factor sgt pon…menyanyi pon just ok je la…yg dok dengki sangat tu apasal la ya…?

  2. perkara macam ni tidak boleh pandang ringan. Harap pihak berkuasa mengambil langkah yang bersesuaian untuk membendung perkara macam ni berlaku untuk keselamatan penyanyi2 AF. Kalau begini cara response setengah penonton, apa patut produksi AF lakukan di masa depan??

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Quotes From Miley Cyrus The Movement

Malaysian Toon Festival 2013 Meraikan Produk Ciptaan