in , , ,

Nyanyi SENIMAN MENANGIS Sambil Dukung Baby, Haqiem Rusli Dapat Pelbagai Komen

Berlangsung di Matic KL, showcase A NITE WITH HAQIEM RUSLI berlangsung dengan jaya selepas tiket semuanya habis dijual. Rata-rata peminat berpendapat showcase ini mempunyai kenangan yang cukup manis bagi mereka. Yang penting, persembahan sangat menghiburkan.

Semasa menghiburkan peminatnya di A NITE WITH HAQIEM RUSLI di Matic KL pada 22 Mac lalu, Haqiem Rusli mempersembahkan sebuah lagu dari dendangan asal Dato’ Jamal Abdillah berjudul SENIMAN MENANGIS.

Uniknya persembahan kali ini, Haqiem mendokong seorang bayi yang dipercayai anak saudaranya yang comel di atas pentas.

Tapi sekerat jalan je, baby tu menangis… memang dah agak dah. Tapi kena la dengan tajuk lagu tu. Nak persembahan rare sangat kan? Btw, comel baby tu. Yang gelak gelak tu tak baik tau… haha kelakar ek?

Nak kata Haqiem praktis jaga anak, lambat lagi kan sbb dia mana ada awek… eh.

Video yang sedang trending di Instagram ini juga telah mendapat pelbagai reaksi dan komen dari netizen khususnya peminat Haqiem Rusli.

Untuk peminat Haqiem Rusli yang nak tengok video-video persembahan A NITE WITH HAQIEM RUSLI bolehlah menonton di saluran Youtube Budiey! Kat situ, banyak video-video yang menarik dan semuanya menghiburkan!

Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE BUDIEY!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert WESTLIFE THE TWENTY TOUR di Malaysia Diadakan Selama Dua Malam Berturut-Turut

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Raih Kutipan RM5.3 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan