in , ,

Seronok Tengok Haqiem Rusli Nikah, Sufian Suhaimi Bila-Bila Masa Dah Sedia

Usianya kini sudah mencecah 29 tahun, penyanyi Sufian Suhaimi berkata jika sudah bertemu dengan calon yang sesuai dia tidak mahu berlengah dalam urusan perkahwinan.

Sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Sufian berkata jika bertemu jodoh sesuai dan serasi dia akan terus berkahwin.

“Tuhan itu sangat adil dan Dia pastikan akan memberikan rezeki yang seimbang buat hambaNya. Ada orang dikurniakan rezeki bertemu jodoh awal, ada orang dikurniakan rezeki kerjaya, kawan-kawan dan keluarga yang baik.

“Kalau cakap pasal kahwin, saya ini bersedia saja. Bila-bila masa sudah bertemu jodoh yang sesuai, dapat restu ibu bapa, ada keserasian, kita jalan,”

– Sufian Suhaimi

Bagaimanapun, Sufian berkata dia tidak mahu terburu-buru dalam urusan tersebut walaupun sudah bersedia kerana selesa dengan kehidupannya kini.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang diiamkannya, Sufian berkata dia tidak meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi.

Sufian berkata cukuplah wanita itu sedap mata memandang dan apabila bersamanya hati terasa tidak terbeban dan saling mencukupi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aktiviti Beli-Belah Rancak, Lebih 2 Bilion Barangan Terjual Semasa Shopee 11.11

Levi’s® Malaysia Bekerjasama dengan Yuna Lancar Levi’s® Music Project 2021