in , ,

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Raih Kutipan RM5.3 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Tahniah buat team produksi UPIN IPIN yang telah bekerja keras menghasilkan filem ini. Sempena dengan cuti sekolah, jadi ramai anak-anak yang ajak ibu bapa sekali layan filem ni kat pawagam ya?

Wow! Ini dah satu berita yang bagus untuk industri filem tempatan. Begitulah nampaknya filem animasi kita dah boleh dikira setanding animasi luar negara. Baru sahaja 4 hari ditayangkan di pawagam, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ sudah mencatat kutipan RM5.3 juta.

Berita ini dikongsikan di laman Instagram Upin & Ipin dan ditambah lagi dengan musim cuti sekolah ketika ini, tidak mustahil untuk filem ini mendapat kutipan melebihi RM10 juta dalam masa beberapa hari lagi.

Rata-rata yang sudah menonton memuji filem ini yang sarat dengan nilai positif serta jalan ceritanya yang menarik untuk ditonton oleh semua peringkat umur. 

Filem UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL menampilkan kisah-kisah rakyat yang begitu dekat dengan masyarakat seperti Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih dan Pak Belalang. 

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya tidak pernah meletak sasaran yang tinggi kerana tahu pasaran di Malaysia sangat besar.

“Dapat tiga suku daripada pasaran pun sudah dikira okey buat kami dan di Malaysia pun kami sudah boleh ‘hit’, cuma untuk pasaran luar negara sudah menampakkan petunjuk yang positif.

“Contohnya di Indonesia, Chain 21 yang dikenali sebagai rangkaian panggung wayng terbesar negara itu buat kali pertama dalam sejarah perfileman kita sudah bersetuju untuk menayangkan filem ini bermula 6 Mei depan.

“Cuma pada Jumaat ini, saya akan ke sana (Indonesia) untuk tahu berapa panggung wayang yang mereka tawarkan. Harapny dapatlah jumlah yang banyak,”

– Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Md Radzi

Secara ringkasnya filem ini mengisahkan pengembaraan pasangan kembar Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor.

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tetibanya membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka.

Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang.

Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan yang mewah dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin memusnahkan kerajaan.

Sepanjang pengembaraan, mereka berdepan pelbagai cabaran menyeronokkan dan mencabar selain bertemu dengan banyak watak dalam dongeng rakyat.

Pihak penerbit telah menyiarkan satu klip 10 minit di Youtube sebagai satu langkah promosi dan memperkembangkan dan menjana langganan di Youtube.

Filem animasi popular ini merupakan edaran GSC Movies dan mendapat geran sokongan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebanyak RM3 juta.

Selain ditayangkan di Malaysia, naskhah yang dijangka mengulangi fenomena Geng: Pengembaraan Bermula juga bakal memasuki pawagam luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Jika anda belum menonton, silalah ke pawagam berdekatan dan bawa anak kecil anda bersama. Jangan keluar awal kerana seperti juga filem Marvel, ada end credit yang menarik untuk anda tonton.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nyanyi SENIMAN MENANGIS Sambil Dukung Baby, Haqiem Rusli Dapat Pelbagai Komen

Mafidz Hiburkan Peminat Di Showcase Solo Pertama