in , ,

Konsert WESTLIFE THE TWENTY TOUR di Malaysia Diadakan Selama Dua Malam Berturut-Turut

Mungkin ini adalah berita baik buat peminat boyband Westlife yang membesar dengan lagu-lagu mereka! Jom baca sampai habis berita kat bawah ni!

Wow! Nampaknya impian serta hasrat peminat tegar kumpulan popular sekitar tahun 1990-an ini beraksi sekali lagi di Malaysia akan tercapai tidak lama lagi. Bukan satu malam ya tapi dua malam berturut-turut, gais! Diulangi sekali lagi, dua malam! Fuh! Puas hati kepada yang beli tiket dua malam berturut tu. Kalau rasa tak jadi tengok, kasi kat Budiey la tiket tu.

Ye lah, sesiapa yang membesar dengan lagu-lagu mendayu khususnya bertemakan cinta sememangnya tak nak lepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan boyband antarabangsa, Westlife beraksi sekali lagi.

Westlife Malaysia

Di lokasi lain hanya satu malam sahaja! Tapi mengapa di Malaysia, Westlife mahu buat dua malam? Sebabnya sudah tentu peminat Malaysia sangat ramai dan havoc! Tak mampu nak tampung satu malam sahaja!

Westlife akan mengadakan Konsert Westlife Jelajah The Twenty Tour di Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini jam 8 malam.

Kumpulan itu mengumumkan beberapa tarikh untuk konsert jelajah The Twenty Tour melalui akaun Instagram pada Khamis lalu, dan Malaysia antara destinasi yang akan disinggahi mereka.

Budiey pasti ramai yang tak sabar nak beli tiket selepas Westlife mengumumkan beberapa tarikh untuk konsert jelajah The Twenty Tour menerusi laman instagram milik mereka.

Selain Malaysia, destinasi lain yang menjadi pilihan Westlife bagi konsert siri jelajah mereka pada kali ini ialah, Thailand, Macau, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapore. 

Awal tahun ini, Westlife kembali mengubati kerinduan peminat dengan melancarkan sebuah single berjudul HELLO MY LOVE.

Salah seorang anggota Westlife, Shane Filan yang aktif terbang ke Malaysia telah memberikan klu untuk konsert terbaharu ini. Semasa kunjungan Malaysia Shane Filan terbaharu di Elmina Lake Concert.

Sebelum itu pun dalam tempoh dua tahun Shane Filan datang untuk persembahan. Antaranya di majlis resepsi perkahwinan Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan. Tahun lepas Shane Filan datang untuk siri jelajahnya.

Kali terakhir boyband ini mengadakan konsert jelajah mereka ialah pada tahun 2011 menerusi konsert The Gravity Tour. 

westlife

Kumpulan itu mengumumkan pembubaran mereka setahun selepas itu, sebelum kembali bersatu September tahun lalu.

Jadi, makesure korang tidak ketinggalan untuk saksikan sendiri penyanyi kesayangan korang ni beraksi di pentas dengan lagu-lagu yang pastinya mengimbau kenangan zaman remaja dulu.

Lagu Westlife manakah yang memberi memori mendalam dalam diri anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Akan Mengadakan Acara Khas Buat Pertama Kali Untuk Tahun 2019

Nyanyi SENIMAN MENANGIS Sambil Dukung Baby, Haqiem Rusli Dapat Pelbagai Komen