in ,

Nuzul Protégé Pertama Mentor Milenia 2017

Dua minggu berturut-turut Nuzul (protégé Black) dan Qalisya (protégé Tomok) tersenarai sebagai protégé paling corot. Gagal memberikan persembahan yang berbisa, Nuzul terpaksa menamatkan perjuangannya di pentas Mentor Milenia 2017 selepas battle kedua yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu.

Nuzul Tersingkir Dalam Battle Kedua

Sesungguhnya Qalisya berjaya melontarkan vokal dengan sepenuhnya dan memberikan persembahan yang lebih baik berbanding dengan minggu lepas, namun beliau masih kelihatan gementar ketika berada di pentas. Bagi meneruskan persaingan di pentas Mentor Milenia, Qalisya harus segera memperbaiki kelemahannya untuk mengatasi pesaing-pesaingnya iaitu Along (Tomok), Syeera (Black), Anna dan Elica (Akim) serta Usop dan Balqis (Hazama).

Barisan Protege Yang Mara Ke Pusingan Seterusnya

Nuzul protégé pertama meninggalkan pentas Mentor Milenia 2017

Pertarungan konsert minggu keempat ini juga menyaksikan Along, protégé Tomok dinobatkan sebagai juara mingguan. Persembahan Along yang penuh dengan emosi ketika menyampaikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah) berjaya meraih markah penuh iaitu 20 markah daripada juri awam.

Datuk Hattan Selaku Juri Tetap Dan Jaclyn Victor Sebagai Juri Jemputan

Selain menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap, konsert battle kedua turut diserikan lagi dengan kehadiran Jaclyn Victor sebagai juri jemputan. Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio.

Menurut Datuk Hattan selaku juri tetap, “Setiap protégé mempunyai potensi masing-masing. Mereka harus mengatasi perasaan gementar dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Selain membuat pemilihan lagu yang sesuai, para protégé juga perlu belajar untuk menghayati lagu-lagu yang akan disampaikan, kerana penjiwaan terhadap sesebuah lagu itu penting ketika melakukan persembahan.”

Pembukaan konsert minggu keempat juga menampilkan persembahan pembukaan daripada juri jemputan, Jaclyn Victor, dengan rangkaian lagu “Bertalmu Di Kalbu dan Don’t Stop Believing” (Jaclyn Victor dan kumpulan Journey). Penutup persembahan pula diakhiri dengan rangkaian lagu kumpulan BPR dan “Dari Sinar Mata dan Ibukota Cinta” oleh kesemua protégé.

Berikut ialah senarai protégé dan lagu yang telah disampaikan pada battle kedua, minggu keempat:

Mentor Nama Bakal Protege Tajuk Lagu/Penyanyi Asal
 

 

Tomok

 

Mohamad Rozaimi Rosli (ALONG)

(20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)

 

 

Kekasih Awal Dan Akhir / Jamal Abdillah

 

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (QALISYA)

(17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)

 

 

Cinta Tersimpul Rapi / Anis Suraya

 

 

Black

 

Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (NUZUL)

(17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)

 

 

Memori Duka / Sons of Adam

 

Nur Syaheera Abd Aziz (SYEERA)

(19 tahun, Shah Alam, Selangor)

 

 

Kejoraku Bersatu / Search

 

 

Akim

 

Noor Jannah Abu Hanipah (ANNA)

(18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

 

 

Ke Udara Lagi / Francisca Peter

 

Angelica Paujin (ELICA)

(17 tahun, Tambunan, Sabah)

 

 

Akhirnya Kini Pasti / Anita Sarawak

 

 

Hazama

 

Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (USOP)

(20 tahun, Lunas, Kedah)

 

 

Meniti Perjalanan / Hattan

 

Nor Balqis Ahmad Tajudin (BALQIS)

(18 tahun, Kemaman, Terengganu)

 

 

Bertakhta Di Hati / Farahdiya

Suasana konsert Mentor Milenia 2017 juga dimeriahkan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan London selaku hos yang mencuit hati para penonton di studio dan juga di rumah dengan telatah mereka.

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia 2017 membariskan empat artis muda berbakat besar iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok selaku Mentor bagi mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, Mentor Milenia 2017 akan dihangatkan lagi dengan Smule, aplikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Barisan protégé akan bertanding dalam 9 konsert mingguan yang disiarkan secara langsung dari studio Sri Pentas 2. Konsert mingguan ke-8 dan ke-9 merupakan konsert separuh akhir, di mana protégé-protégé yang masih bertahan akan berentap di pentas akhir Mentor Milenia 2017 untuk merebut wang tunai berjumlah RM 100,000.

Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Juri Jemputan Battle Kedua -  Jaclyn Victor Telah Membuat Persembahan Dengan Menyampaikan Rangkaian Lagu Bertamu Di Kalbu Dan Don'T Stop Believing

Hos Mentor Milenia 2017, Issey Dan Marsha Bersama Fazura Selaku Duta Neffos

Elica

Barisan Mentor - Tomok, Black, Hazama Dan Akim

Balqis

Anna

Along

Usop

Syeera

Qalisya

Nuzul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Ruhil Amani, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Aiman Tino Bakal Lancar Produk SWEET AIMAN