in ,

Nora Danish Tak Kisah Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha

[dropcap]W[/dropcap]alaupun Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli bukan lagi suami isteri, tapi ikatan silaturrahim antara pelakon comel ini dengan keluarga bekas suaminya masih kukuh. Nora masih tetap dilayan baik dalam keluarga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Malah bukan lagi rahsia apabila Nora mengikuti keluarga bekas mertuanya bercuti ke luar negara, setiap hujung tahun. Tambahan gambar-gamabr mereka sedang berseronok turut dikongsikan di laman sosial Twitter mahupun Instagram.

[pullquote]Baru-baru ini Nora bersama keluarga tersebut bercuti selama 10 hari di Dubai.[/pullquote]

Pun begitu kekerapan Nora bercuti bersaama keluarga Jejai telah menimbulkan tomahan segelintir pihak yang melabelkan Nora sebagai seorang yang suka mengendeng dan terhegeh-hegeh dengan keluarga bekas mertua. Ada juga yang mengecam Nora, mendakwa ibu anak satu ini tidak sensitif memandangkan Jejai kini sudah mempunyai kehidupan baru bersama pelakon Fasha Sandha.

“Ya, saya ada dengar tentang perkara itu. Saya nak beritahu di sini, mereka (keluarga mertua) yang ajak saya bercuti bersama mereka. Kami dah memang macam satu keluarga, bukan orang asing. Kami sangat rapat. Lagipun Rayqal cucu pertama dalam keluarga mereka. Mereka memang manja dengan Rayqal. Jadi setiap kali hujung tahun memang mereka akan pergi bercuti. Mereka ajak cucu mereka dan saya sekali juga keluarga anak-anak mereka yang lain. Kalau mereka tak ajak, saya takkan nak suka-suka ikut.”

Nora juga memberitahu seandainya pada masa akan datang dia dipelawa bercuti lagi bersama keluarga tersebut dan pada masa itu Jejai dan Fasha juga turut serta, dia langsung tidak mempunyai masalah. Malah akan disambutnya dengan besar hati.

“Sekalipun, kalau lepas ni mereka ajak saya bercuti dan Fasha juga ada bersama, saya okay. Saya tahu benda itu akan terjadi. Saya adalah menantu mereka yang dulu dan Fasha adalah ahli keuarga mereka yang sekarang. Kalau saya dah kahwin pun nanti, kalau mereka ajak saya bercuti, saya ikut dan bawa suami saya sekali.”

“Kalau tak ada Rayqal pun, saya rasa saya akan tetap rapat dengan mereka”.

Nora Danish Anak

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Kad Jemputan Majlis Nikah & Resepsi Liyana Jasmay

Gambar Majlis Berinai Liyana Jasmay Tema Bollywood