in ,

Gambar Kad Jemputan Majlis Nikah & Resepsi Liyana Jasmay

Budiey rasa, ramai yang dah tahu pelakon Liyana Jasmay akan bernikah dengan tunang pada 2 Februari iaitu pada Sabtu ini. Dah tak lama dah rasanya. Tinggal dua hari je lagi. Beberapa hari lalu, Budiey dah pun menerima kad jemputan dari Liyana Jasmay bagi menghadiri Majlis Akad Nikah. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjemput Budiey.

Bagi Budiey, kad jemputan Liyana Jasmay ni nampak sangat special dan hanya menggunakan warna yang simple iaitu putih krim. Ada riben putih dan hitam tersemat pada kad ini, mungkin warna ini akan menjadi tema majlis pada malam berbahagia mereka nanti. Sama-samalah kita tunggu gambar-gambar cun melecun Liyana Jasmay berkahwin dengan kekasih hatinya. Pasti pasangan ini berseri-seri dengan busana yang ditempah khas nanti.

Budiey ucapkan Selamat menempuh fasa baru dan Selamat Pengantin Baru! Semoga keindahan dan kedamaian milik anda berdua!

Gambar Kad Jemputan Majlis Nikah & Resepsi Liyana Jasmay

Menurut isi kandungan kad, Liyana akan mengadakan majlis perkahwinannya di Dewan Merdeka PWTC dan dijangka seramai 2,000 tetamu akan hadir. Tentu sekali majlis ini akan menjadi satu perkahwinan di awal tahun yang grand. Maklumlah, Liyana Jasmay adalah artis pertama yang bernikah pada tahun 2013 ini.

Majlis menyambut menantu di sebelah pengantin lelaki, Fathuddin pula akan diadakan pada 9 Februari di Dewan Perdana Felda dan kedua-dua kad ini telah ditempah di kedai yang sama.

Khabarnya sebanyak 100 kad telah dikhaskan untuk jemputan media sahaja dan ini menunjukkan Liyana Jasmay menghargai teman media. Tak gitu? Tahniah sekali lagi buat Liyana Jasmay dan Fathuddin.

Oh ya, pada pagi tadi juga Budiey ada siarkan beberapa gambar sekitar Majlis Berinai Liyana Jasmay. Check This Out ya!

Wah, ramai yg jawab betul.mmg kad kawin Liyana Jasmay. Ucapanku, selamat menempuh fasa baru ya. Tq sbb sudi jemput Budiey.

Cuba teka surat jemputan dari siapa ni? #wedding #cards #celebwedding

Gambar Kad Jemputan Majlis Nikah & Resepsi Liyana Jasmay

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anuar Zain Cipta Sejarah Tiket Konsert RM1,200 Paling Awal Habis

Nora Danish Tak Kisah Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha