in ,

Niezam Zaidi Yakin Instagram Nonny Digodam

Pelakon Niezam Zaidi, 29, yakin Instagram milik Nonny Nadirah, 32, yang memaparkan gambar bekas kekasihnya itu tidak lagi bertudung selain berpakaian agak seksi itu digodam.

Niezam ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia yakin kerana Nonny tidak seperti apa yang digambarkan dalam Instagram itu.

“Saya tahu mengenai perkara ini selepas melihat di Instagram. Dia bukan seperti itu, Insya-Allah. Saya yakin Instagram Nonny digodam,” katanya kepada Harian Metro.

Niezam berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Nonny ialah pada 16 Januari lalu.

“Hari ini saya cuba menghubunginya tapi tak dapat. Cuma pada 16 Januari lalu kami ada berhubung menerusi WhatsApp. Selepas itu kami terus ‘lost contact’. Ketika itu dia okay lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Niezam mengakui rindu dengan bekas kekasihnya itu.

“Sebagai kawan yang pernah rapat dan hadir dalam hidupnya, ada sesuatu yang saya nak cakap iaitu rindu,” katanya.

Terdahulu, Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan.

Nonny memaklumkan perkara itu menerusi Instagram pada 25 Oktober tahun lalu, namun tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu.

Harian Metro hari ini melaporkan Nonny didakwa mengubah penampilannya kepada tidak bertudung menerusi hantaran di Instagram.

Malah, rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin berkata, Nonny mengakui dia individu yang dipaparkan di Instagram itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan Nonny berhubung perkara itu tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Banyak Kali Ulang…”- Suara Riena Diana Nyanyi Peluang Kedua Curi Tumpuan Netizen

Kerap Kali Kena Tipu Orang Terdekat, Killa Driz Hasilkan Siapa Tahu