in , ,

TUDM Jawab Dakwaan Niezam Zaidi Jadi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera

SUSULAN penangkapan Niezam Zaidi yang terkait kes dad4h, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pelakon berkenaan pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Kekeliruan itu muncul selepas beberapa foto Niezam dalam pakaian seragam TUDM digunakan bagi mengiringi berita berkenaan.

Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan menjelaskan, foto tersebut telah mencal4rkan imej dan memberi gambaran neg4tif terhadap pasukan tersebut.

“Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangk4p kerana memiliki dad4h telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM.

“Isu ini telah menimbulkan kekeliru4n kepada masyarakat serta mencal4rkan imej TUDM,”

– Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur
Dakwaan Niezam Zaidi Pernah Jadi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera, Ini Penjelasan TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) men4fikan pelakon Niezam Zaidi pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Pelakon Niezam Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa atas tuduh4n memiliki d4dah.

Tambahnya, pelakon berkenaan menggunakan pakaian seragam juruterbang TUDM semasa menjalani penggambaran sebuah drama bertajuk ‘Gempur Wira’.

“Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

“Gambar dia berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk Gempur Wira,”

Dalam pada itu, pihak TUDM meminta agar pihak media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan menurunkan semula gambar yang digunakan.

Terdahulu, Niezam bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai dad4h jenis kan4bis seberat 1.45 gram dipercayai milik pelakon dan pengarah terbabit.

Pemeriksaan di bilik penolong pengarah pula menjumpai di atas lantai dad4h jenis methamphet4mine seberat 0.38 gram.

Niezam Zaidi merupakan antara pelakon drama rantaian terbaharu, Cindai, memegang watak sebagai Haniff.

Dibintangi Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose dan ramai lagi, drama arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo ini menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3 mulai 23 Disember 2019.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Niezam bin Mohd Zaidi. Menggunakan nama komersial, Niezam Zaidi.

2. Kelahiran Ipoh, Perak pada 26 Oktober 1992. Dibesarkan di Kampung Seri Manjoi.

3. Berumur 27 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

6. Merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

7. Bakatnya dicungkil oleh penerbit filem, David Teo, yang memperkenalkannya sebagai antara muka baharu Metrowealth Pictures seangkatan dengan Wawa Zainal, Shima Anuar, Mikail Andre dan Adibah Yunus.

8. Antara drama dibintanginya seperti Bini-Bini Perkasa, Diandra, Mencintaimu, Ainur Mardhiyah dan Gempur Wira.

9. Termasuk telefilem Misteri Bulan Madu, Last Kopek, Bedah Motor, Menantuku Rock, Saka Zain Jusoh dan banyak lagi.

10. Penglibatannya di layar lebar antaranya menerusi filem Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Jalan Puncak Alam, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Kawanku Mati Dalam Rumah Sewa.

11. Laman sosial Instagramnya, @niezamzaidi sehingga kini sudah mencecah lebih 310,000 pengikut.

Fakta Menarik

Kemunculan pertama di layar kaca menerusi drama Diari Platun, manakala pembabitan sulung di layar perak menerusi filem Budak Pailang yang diterajui Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Penglibatan beliau di layar perak kebanyakannya menerusi filem-filem keluaran Metrowealth.

Meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 kerana ingin meneroka lebih banyak peluang kerja bersama produksi lain.

Menerima pencalonan dalam kategori Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster ke-2 (2013) menerusi filem Budak Pailang, namun gagal meraih kemenangan.

Juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga Jadi Huru-Hara, Ayu Puteh Bengang Pelakon Wanita Tak Kenang Budi

Disney+ Hotstar Umum Kandungan Baharu Terunggul Dari Asia Pasifik