in , ,

“Banyak Kali Ulang…”- Suara Riena Diana Nyanyi Peluang Kedua Curi Tumpuan Netizen

Riena Diana atau juga popular sebagai pelakon bernama Laila pastinya ramai sudah cukup mengenalinya sebagai selebriti yang serba boleh apabila dia kini menceburi bidang penyampai radio.

Dia bersama Mark Adam dan Fizie seperti diketahui bersama-sama mengendalikan segmen Geng Pagi Hot. Walau bagaimanapun, melalui siaran radio Hot FM dalam segmen terbabit nampaknya dapat dilihat Riena Diana, Mark Adam dan Fizie semakin akrab sebagai penyampai radio sehingga pelbagai telatah mereka bersama mencuit hati warganet.

Menerusi perkongsian, Riena Diana dilihat menyanyikan lagu Peluang Kedua dan nampaknya nyanyian pelakon jelita ini mendapat perhatian ramai berserta pelbagai reaksi positif warganet yang mana bagi peminat jika bakat dia diasah lagi pasti boleh pergi jauh.

Riena-Diana-Peluang-Kedua

Dalam satu perkongsian, peminat Riena Diana dikejutkan dengan bakatnya apabila dia sambil diajar Mark Adam menyanyikan sebuah lagu popular berjudul Peluang Kedua dengan begitu baik.

“Rasa macam nak belajar vokal dengan Mark Adam la”

Dalam pada masa yang sama, warganet juga memuji bakat yang ada pada Mark Adam kerana selain bergelar penyanyi, dia juga boleh mengajar seseorang menyanyi dengan lebih baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yung Raja Lancar Single Terbaru ‘Mami’ Dengan Alamo Records Di Amerika Syarikat

Niezam Zaidi Yakin Instagram Nonny Digodam