in , ,

Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Suria Petang

Menjadi yang terbaik merupakan misi setiap kumpulan dan itulah misi Team Pagi Suria dan Suria Petang sehinggakan mereka perlu berperang.

Bukan perang darah, tetapi perang dalam cabaran ‘Coklat War’ – sebuah video digital keluaran Suria FM sempena Hari Coklat Sedunia pada 7 Julai ini. Istimewa untuk Hari Coklat Sedunia ini, penyampai Team Pagi Suria, Issey, Ajak dan Fizi Ali akan berentap bersama penyampai Suria Petang, Rara, Tyzo dan Suraya dalam cabaran Coklat War dimana mereka perlu membuat Bebola Coklat Truffle dengan hanya diberikan arahan ringkas dari pakar coklat, Chef Amer. 

Kecoh! Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Penyampai Suria Petang?
Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Suria Petang

Tanpa demonstrasi daripada Chef Amer, kedua-dua kumpulan diuji tahap ingatan mereka dan mengingati langkah-langkah membuat Bebola Coklat Truffle seperti yang diajar Chef Amer.  

Dapur Akademi Chef Amer kecoh dengan gelagat Team Pagi Suria dan Suria Petang yang sibuk menonjolkan kehebatan masing-masing membuat Coklat Truffle di hadapan Chef Amer yang akan menjadi juri kepada hasil akhir Coklat Truffle mereka. 

Kecoh! Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Penyampai Suria Petang?
Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Suria Petang

Apakah hasil akhir Coklat Truffle Team Pagi Suria dan Suria Petang? Jadi atau tidak? Dan siapakah yang akan menjuarai cabaran Coklat War ini? 

Saksikan gelagat mereka di Youtube SuriaTV dan Facebook Suria FM sekarang! 

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman www.suria.my juga di laman sosial Facebook Suria FM & Twitter SuriaMalaysia. 

Kecoh! Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Penyampai Suria Petang?
Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Suria Petang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizi Kirana Gegarkan Studio Jadi Tetamu Undangan ICSYVMY3

Neeta Gelisah Cari Penyamar Sumbang Dalam ICSYVMY3