in , , ,

Neelofa Buktikan Dia Juga Pandai Menari, Ramai Netizen Terkejut

Semalam, semasa persembahan pembukaan Anugerah MeleTop Era 2019, ketiga-tiga pengacara melakukan satu kejutan dan gimik untuk penonton dengan menampilkan bakat tarian mereka. Dalam ketiga-tiga, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Neelofa, nampaknya persembahan Neelofa miming lagu Single Lady dari Beyonce mencuri perhatian.

Mungkin ramai yang tak sangka, Neelofa boleh menari juga sebenarnya walaupun ada beberapa step tersasar dan tak berapa nak sharp.

Kira okaylah tu, boleh ikut gaya Beyonce dan ramai netizen mengatakan Neelofa pandai menari sehingga dilabel sebagai Beyonce Malaysia. Wah… jauh tu… sebenarnya Dayang Nurfaizah semalam rasanya macam nak tiru gaya Beyonce je kan?

Apa-apa pun Neelofa nampak begitu bersemangat untuk melakukan yang terbaik buat tatapan penonton AME 2019. Netizen juga turut memberi komen selepas Neelofa mencuri perhatian penonton yang hadir dengan tarian dari lagu Kill This Love dari Blackpink. Terutamanya peminat K-Pop menyumbang sebahagian besar komentar di ruangan komen dan viewers di Youtube.

Ramai yang berkongsi video sedutan persembahan Neelofa di Instagram dan juga di Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar & Siti Nordiana Ungguli Takhta Kategori Top Top Meletop Lelaki & Wanita di AME 2019

Apresiasi & Signifikan Konsert ELYANA JADI 19 Live in Concert