in

NCIS: LA di 8TV

Saksikan siri penuh aksi
NCIS: LA di 8TV!
TARIKH SIARAN: 29 NOVEMBER 2010
HARI: SETIAP HARI ISNIN
TARIKH MASA: 9.30 – 10.30 MALAM
EPISOD: 13 EPISOD

8TV kini membawakan kepada anda siri terbaru penuh aksi dan drama yang membawa anda ke bandar Los Angeles. Siri terbaru popular NCIS: LA akan disiarkan di 8TV bermula 29 November 2010 jam 9.30 malam!

Watak-watak dalam siri ini bukan hanya sebagai penyiasat tetapi setiap daripada mereka mempunyai sejarah dan cerita masing-masing. NCIS: LA bakal membawa anda menyaksikan agen-agen ini bekerja keras menumpaskan pengedar dadah, sindiket haram dan pelbagai kes rumit!

rsd1NLA-cast102i

Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan kehebatan pasukan NCIS: LA menyelesaikan kes-kes jenayah dan apa yang lebih menarik pasukan ini mempunyai peralatan yang serba canggih.

Siri ini dibintangi oleh pelakon terkenal Chris O’Donnell sebagai Agen G. Callen dan LL Cool J sebagai Sam Hanna. Segalanya tentang persahabatan, gurau senda dan sekumpulan agen yang cekap bekerja di bawah satu bumbung – itulah yang anda dapat saksikan dalam siri popular NCIS: LA!

Episod pertama bermula dengan penyiasatan tentang kematian seorang pegawai Navy yang terbunuh dalam sebuah kes melibatkan sekumpulan pengedar dadah. Pada awalnya, pasukan NCIS ini mengsyaki pegawai ini merupakan orang tebusan, namun setelah membuat penyiasatan lanjut mereka mendapati anak saudara pegawai ini yang ditahan sebagai tebusan. Pasukan ini terpaksa bertarung dengan masa untuk menyelamatkan anak saudara pegawai terbabit.

“Salah satu daripada program yang hebat untuk ditonton seisi keluarga. Lengkap dengan jalan cerita yang menarik, adegan lucu, aksi dan drama menjadikan NCIS: LA sebagai salah satu drama yang mesti ditonton oleh anda semua!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kepada semua peminat siri NCIS, pastikan anda berada di rumah untuk menonton siri penuh aksi ini dalam NCIS: LA. Kes-kes jenayah yang tidak pernah susut dan rumit untuk diselesaikan namun operasi pasukan ini sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjaga keselamatan negara dari ancaman semua.

Saksikan siri popular NCIS: LA, setiap Isnin jam 9.30 malam bermula 29 November 2010 hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Kini anda boleh menonton program-program kegemaran menerusi telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

rsd1-NLA-keyarttransit-lorezi

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia Launch New Medan Bangkok Route

Adik-Adikku Musim Ke 2 Kembali di TV1