in

Nazim Othman Lancar Single KERANA CINTA

Nushrul Alif bin Othman atau lebih dikenali dengan Nazim Othman, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanahair Malaysia. Beliau seorang model, pengacara, dan pelakon yang telah banyak mewarnai dunia seni dengan karya lakonannya. Antara drama dan telefilem yang pernah beliau lakonkan adalah Dejavu di Kinabalu, Trilogi Cinta, Awan Dania, Lara Aishah, Pen Merah Pen Biru, Surat Cinta dan banyak lagi.

Nazim Othman Lancar Single KERANA CINTA

Beliau telah menyertai program realiti televisyen anjuran Astro pada tahun 2016, iaitu Gempak Superstar yang merupakan sebuah program yang di pilih berdasarkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian. Malah, Nazim adalah antara 10 orang pelakon yang terpilih melalui uji bakat sama seperti program realiti yang lain. Antara para artis yang turut serta untuk program tersebut ialah Siti Elizad Sharifuddin, Arja Lee, Soffi Jikan, dan Sherry Ibrahim. Nazim Othman telah memperolehi kemenangan tempat kelima.

Bakatnya tidak berakhir disitu, kini Nazim Othman melancarkan single terbaru yang berjudul “Kerana Cinta”. Sebuah lagu ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Mike Chan. Manakala liriknya pula ditulis oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Lagu yang berkisar tentang kekuatan seorang insan yang di timpa musibah, lalu didatangi seseorang yang sanggup bersusah senang bersama dengan penuh keikhlasan dalam memberi bantuan. Menurut beliau, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau yang sebelum ini terlantar sakit di hospital, namun dengan adanya isteri sebagai penguat semangat, beliau bangkit untuk melawan kesakitan.

Lagu ‘Kerana Cinta’ ini amat dekat di hati beliau kerana ianya ditulis berdasarkan kisah hidupnya secara peribadi. ‘Kerana Cinta’ menjadi judul lagu Nazim kerana ia selari dengan tema dan jalan cerita dalam lagu tersebut.

Teristimewa untuk semua peminat Nazim, saksikan lirik video ‘Kerana Cinta’ di mana video ini berkonsepkan dark mengikut kesesuaian genre dan lirik lagu. Lirik video yang berdurasi lebih kurang 4.16 minit itu memaparkan karakter Nazim yang menjiwai setiap bait-bait lagu yang cuba disampaikan.

Khas buat peminat Nazim, lagu ‘Kerana Cinta’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun disemua digital platform seperti iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Nazim Othman Lancar Single KERANA CINTA

Nazim Othman Lancar Single KERANA CINTA

Nazim Othman Lancar Single KERANA CINTA

Nazim Othman Lancar Single KERANA CINTA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Merchandise Filem MARVEL’S GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.2

Idea Kreatif KARMAL Hasilkan Lagu LAWAN