in , ,

Peminat Doa Nadia Brian & Nazim Othman Semoga Dijodohkan Bersama

Baru sahaja digosipkan bersama artis serba boleh, Zizan Razak, kini nama pelakon jelita Nadia Brian sekali lagi menjadi bualan hangat netizen.

Kali ini, ramai yang mengusik bintang drama ‘Kau Yang Ku Gelar Isteri’ dengan pelakon kacak Nazim Othman pula. Ia berikutan tindakan pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memuat naik beberapa keping gambar bersama lelaki  berusia 37 tahun yang juga bergelar duda itu di Instagram.

Difahamkan lagi, mereka berdua digandingan dalam sebuah telemovie berjudul Takdir Yang Tertunda yang bakal ditayangkan di TV3 pada hari raya pertama.

Peminat Doa Nadia Brian & Nazim Othman Semoga Dijodohkan Bersama

Menerusi gambar-gambar berkenaan, kedua-dua pelakon itu dilihat begitu serasi bersama.. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji kesepadanan mereka. Selain itu, ada juga yang berharap dan berdoa agar Nadia berjodoh dengan Nazim.

Terdahulu, Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu, awal bulan ini.

Peminat Doa Nadia Brian & Nazim Othman Semoga Dijodohkan Bersama
Peminat Doa Nadia Brian & Nazim Othman Semoga Dijodohkan Bersama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hilang Deria Bau, Batuk & Selesema, Nabila Huda Positif COVID-19

Netizen Israel ‘Give up’, Tweet Kena Serang Dengan Netizen Malaysia Habis-Habisan!