in ,

Masa Untuk Berjimba Dah Berakhir, Nazim Othman Buka Hati Mahu Berkahwin

Selepas dua tahun bergelar duda, Nazim Othman berkongsikan berita gembira buat peminatnya bahawa pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan tidak akan putus berdoa agar dipertemukan jodoh.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Nazim berkata memandangkan usianya kini mencecah 36 tahun, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk dirinya kembali berumah tangga. Ujarnya lagi, dia bukan lagi muda dan waktunya untuk berseronok sudah pun berakhir.

“Di usia gangsa ni, tidak ada yang lebih baik yang dapat saya minta selain zaujah saya untuk didekatkan dengan saya.

Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin.

“Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya.

“Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir.

Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,”

– Nazim Othman
nazim othman

Nazim turut tertanya-tanya apa kesilapan yang dilakukannya sehingga sukar untuk dipertemukan jodoh. Malah, Nazim turut memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

“Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima,” katanya.

– Nazim Othman

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir pada tahun 2018.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Khutbah Guna Tongkat Loki, Amin Idris Mohon Maaf Selepas Ditegur Dr. Zulkifli

Harap Yang Terbaik Buat Keluarga, Indahnya Titipan Doa Ashraf Muslim