in ,

One Nation Emcee Bakal Nikah Dengan Pensyarah UNITAR

Ahli kumpulan One Nation Emcee iaitu Mimi memilih pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sebagai bakal suami dan akan melangsungkan pernikahan pada hujung bulan ini.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 28, berkata, buat masa ini dia terpaksa merahsiakan dahulu tarikh pernikahan itu atas permintaan keluarganya.

One Nation Emcees

“Insya-Allah saya akan bernikah pada penghujung bulan ini tetapi saya terpaksa merahsiakan tarikh pernikahan tersebut atas permintaan keluarga. Majlis itu akan dibuat secara sederhana sahaja dan bakal dihadiri kaum keluarga terdekat.”

Mimi ditemui pada sidang media Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 di Ruang di sini, Selasa.

Karnival itu bakal berlangsung pada 29 Mei hingga 1 Jun di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Mimi berkata, bakal suaminya itu yang dikenali sebagai Firdaus, 29, adalah rakannya sejak kecil namun hubungan mereka benar-benar serius sejak tiga tahun lalu.

“Dia sangat memahami diri saya selain dapat menerima diri saya seadanya,” ujarnya.

Sementara itu, Mimi berkata, majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada 7 November depan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Mimi juga tidak berhasrat berkongsi gambar pemuda itu.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Misi Adria Lakonan Nadiya Nisaa

5 Sebab Budiey Pilih Plan Insuran Zurich Flexilife Plus