in

Natasha Hudson & Amyra Rosli Duta Produk Aurawhite

Majlis Pelancaran Duta dan Santai Bersama Media oleh syarikat Aurawhite Global Sdn Bhd baru-baru ini di Aloft Hotel, Sentral Kuala Lumpur. Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson serta pelakon Amyra Rosli dilantik sebagai duta produk minuman kolagen dan produk kecantikan wajah keluaran Aurawhite Beauty. Majlis diacarakan oleh Angah dan Along Raja Lawak.

Pemilihan Natasha Hudson dan Amyra Rosli selaras dengan konsep Aurawhite yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini. Mereka juga merupakan pengguna setia Aurawhite sebelum bersetuju menjadi duta kepada produk tersebut.

“Produk supplemen kami telah berada di pasaran hampir 2 tahun dan sambutan luar jangkaan dari pengguna kami.Setakat ini untuk produk minuman kolagen kami mempunyai 3 jenis produk iaitu Aurawhite Berry, Aurawhite Chocolate Indulgence serta terbaru Aurawhite Stemcell. Minuman kolagen kami terdiri daripada ramuan premium yang terpilih dari kolagen ikan salmon, astaxanthin, 15x stem sel dari buah-buahan dan sayur-sayuran, vitamin serta mineral. Dan kesemua produk ini telah mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan dan ianya halal.”

Kelebihan Utama Aurawhite Collagen :

1. Mencerah , menganjal dan melembapkan kulit
2. Mengaktifkan penghasilan kolagen
3. Anti penuaan
4. Mengatasi masalah kulit seperti kusam,jerawat,jeragat & eczema
5. Mengurangkan kedutan dan garis halus
6. Memberi tenaga dan stamina
7. Mengurangkan masalah rekahan kaki
8. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusukan badan
9. Melawan radikal bebas dan menyingkirkan toksin
10. Kesan dapat dilihat seawal 2 minggu

“Semua wanita inginkan kulit cantik dan berseri untuk lebih berkeyakinan. Produk kecantikan wajah iaitu Aurawhite skin Spa pula adalah set perawatan kulit yang diformulasi kan dari perancis dari bahan seperti protein berlian, kolagen, stem sel lavender dan chamomile juga vitamin C serta bahan lain yang mencerahkan kulit secara semulajadi. Produk ini bebas dari bahan kimia terlarang dan mendapat notifikasi dari kementerian kesihatan malaysia. Lazimnya masalah kulit sering di alami oleh kaum wanita dan juga lelaki jadi dengan ada nya skincare ini pengguna setia Aurawhite boleh mencuba dan mencantikan diri dengan pakej Aurawhite kolagen serta set perawatan wajah ini.”

Aurawhite Global sdn bhd bukan sahaja mengeluarkan produk untuk wanita tetapi juga untuk kaum lelaki iaitu Auramen Turbo Collagen duta rasmi nya Izzue Islam. Sambutan produk juga sangat memberangsangkan.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya cabutan bertuah, pertandingan karaoke, serta persembahan dari kumpulan Forteen, Nash, Maya dan sebagainya. Turut memeriahkan majlis tajaan busana daripada Ardaputra label fesyen rekaan sekumpulan bakat muda Malaysia dan Didiyana Ehsan sebagai stylish tudung.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang produk Aurawhite Beauty boleh layari www.aurawhite2u.com atau facebook Aurawhiteofficial

Natasha Hudson & Amyra Rosli Duta Produk Aurawhite

Natasha Hudson & Amyra Rosli Duta Produk Aurawhite

Natasha Hudson & Amyra Rosli Duta Produk Aurawhite

Natasha Hudson & Amyra Rosli Duta Produk Aurawhite

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Keroncong Kartina Dahari Meninggal Dunia

AirAsia X Appoints Dato’ Bernard Francis as Commercial Director