in

Penyanyi Keroncong Kartina Dahari Meninggal Dunia

Penyanyi irama keroncong, Kartina Dahari meninggal dunia hari ini. Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong, Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura,jam 6  petang tadi akibat mengidap penyakit barah payudara selama 4 tahun. Allahyarham dibawa pulang di kediaman di Braddel, Singapura.

Berita sedih itu disahkan oleh teman baiknya yang juga penghibur malar segar, Datin Paduka Julie Sudiro.

“Saya masih dalam keadaan terkejut dan sangat sedih dengan berita ini sebab saya baru saja menziarahi dia pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Apa pun saya sempat berjumpa dan dia masih sedar ketika saya datang tadi. Saya sempat mendoakan untuknya pagi tadi. Masa berjumpa tadi memang kita dapat lihat keadaannya makin lemah tapi terkejut dia ‘pergi’ akhirnya petang ini.”

Kartina_Dahari_540_306_100

Berita ini juga disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini.

“Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas bertahun-tahun menderita penyakit barah. Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik. Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana.”

Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon.

Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013. Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan esok. – Bernama, 30 April, 2014.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Bertemu Pelakon Filem X-Men: Days of Future Past

Natasha Hudson & Amyra Rosli Duta Produk Aurawhite