in , , ,

Kecoh Isu Busana Natasha Hudson, Dikritik Rizman Ruzaini, Ini Penjelasan dari Crystal C White

Master Partner yang juga rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu mengakui agak terkilan dengan jawapan balas Rizman Ruzaini berhubung busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan pelakon, Natasha Hudson petang semalam.

Nor Shahlina berpendapat sebagai pereka fesyen terkenal, jenama duo popular itu tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya

Kecoh Isu Busana Natasha Hudson, Ini Penjelasan dari Pereka Fesyen Rizman Ruzaini
Natasha Hudson & Nor Shahlina

“Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson. Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’.

“Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara.

“Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina,”

– Nor Shahlina
Natasha Hudson & Keith Foo Yakin Produk Crystal C White Dapat Mengatasi Masalah Kulit

Tegas Nor Shahlina yang juga rakan baik kepada pengasas produk berkenaan, Datin Reena Zach, pereka fesyen itu sepatutnya bersifat neutral.

“Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya.

“Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right,”

Nor Shahlina

Terdahulu petang tadi, Rizman Ruzaini terkejut saat mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.

Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi atas talian sejak tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,”

– Rizman Ruzaini

Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

Kecoh Isu Busana Natasha Hudson, Ini Penjelasan dari Pereka Fesyen Rizman Ruzaini
Master Partner yang juga rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,”

– Rizman Ruzaini

Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

Semalam, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, apabila menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White heboh diperkatakan.

Bahkan, pakaian yang dipakainya juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Pernah Jumpa Sejak Lahir, Anak Tak Berkelip Mata Tatap Wajah Aliff Aziz

Letak Wajah Pada Sumbangan Mangsa Banjir, Ada Yang Pertikai Usaha Siti Nurhaliza