in

Nasreen Ngasri Darling Bertunang Dengan Nur Azlin Rahmat

Tahniah kepada Darling sebab dah melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya.

‘Dia hanya kaya budi’
KUALA LUMPUR: Selepas putus cinta Ramadan lalu, penerbit dan pelakon Nasreen Ngasri atau Darling, 26, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati Nur Azlin Rahmat, 34. Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi meriah di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, semalam dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis itu, ibu kepada Nur Azlin iaitu Badariah Abu Bakar mengetuai rombongan pihak lelaki menyarungkan cincin tanda di samping menyerahkan satu peratus daripada wang hantaran dipersetujui berjumlah RM22,222.22 bersama lima dulang berbalas tujuh.

Ditemui sebaik majlis tamat, Darling menjelaskan menerusi perbincangan dibuat, kedua-dua belah pihak bersetuju majlis pernikahan dilangsungkan pada 30 Mei ini di rumah ibu bapanya dan diikuti majlis persandingan keesokan harinya.  

Sementara majlis sambut menantu diadakan di kampung kelahiran Nur Azlin di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun.

Menceritakan mengenai keputusan singkat diambil selepas putus cinta dengan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh tahun lalu, kata Darling dia menyifatkan segalanya sebagai takdir Tuhan.

“Saya berkenalan dengannya selepas Aidilfitri menerusi seorang teman dan tidak sangka ada keserasian antara kami. Saya berasakan inilah jalan terbaik untuk kami (bertunang dan bernikah),” katanya.

Darling turut menafikan bakal suaminya itu seorang ahli perniagaan dan bergelar jutawan, sebaliknya Nur Azlin hanya bertugas sebagai pegawai pemasaran di sektor swasta.

“Dia sangat sederhana, begitu juga saya. Dia tidak kaya harta, tetapi kaya hati dan baik budi bahasa serta amat menghormati keluarga saya. Majlis yang kami rancang pun akan dilaksanakan secara sederhana dengan anggaran 3,000 tetamu,” katanya.

Nur Azlin pula menjelaskan dia tidak tahu yang Darling seorang artis dan penerbit drama sewaktu pertama kali diperkenalkan rakan rapatnya. Malah sepanjang pertemuan itu mereka tidak banyak bercakap.

“Selepas berkenalan baru saya tahu siapa dia. Saya suka Darling kerana dia comel, baik dan sangat memahami. Saya berasakan dialah pilihan paling tepat untuk dijadikan suri hidup,” katanya.

Mengenai pandangannya apabila banyak perkara timbul membabitkan hubungan Darling dengan beberapa lelaki sebelum ini, akui Nur Azlin bakal isterinya sudah pun menjelaskan segala-galanya mengenai apa yang dilalui dan bakal dilalui. [sumber]

13 Comments

Leave a Reply
  1. ….Kdg2 pelik tgk artis2 ni….cam berlumba-lumba sesama sendiri meletak wang hantaran..& kalau majlis kawin tu nak wat grand abis-abisan…tup-tup x lama tu dgr da bercerai plak…tulah..kalau mengikut konsep Islam yg betul…lg kurang mas kahwin seseorang itu..lg berkat perkahwinan tu…anyway..tahniah wat Ngasreen & bakal suami….

  2. ala…nama pun artis…mungkin depa ni nak hantaran sama taraf dengan berapa harga depa dibayaq untuk satu-satu cerita yg depa shooting…mana nak standard dengan org yg bukan public figure neh kan…kalau perhubungan suci itu kekal, alhamdulillah…kalau sekadar untuk seronok-seronok, iman tak kuat+mental tak kuat=CERAI! me too, tahniah to darling and future hubby… 😉

  3. bleh tahan tunang dia..loh dulu dia gan adam salleh tu ke..tertinggal ketapi daku..apapun tahniahhh…

  4. aku dah x heran dah dgn hantaran kawen artis2 malaysia ni,,,, tp pendapat aku pasl pertunangan darling ni seolah2 menebus rase kekecewaan je,,,,

  5. Tahniah ….. ! 🙂

    Kalo dah jodoh tak ke mana….
    Kalo ada jodoh berdua… moga sampai ke akhir hayat… ameen..

    Yg ni nampak sesuai….

    Yg dulu nampak macam anak & bapak…

  6. kowang perasan x,pilihan darling semenye nmpk berumur..tp xpela,janji die bahagie.. ak minat lakonan dowang adik beradik ni..smoge bahagia.

  7. a’a…perasan, perasan…aku rasa memang dah taste dia suka yg berumur…mungkin suka pepatah org lelaki di kala umuq 30-an…the life’s begin…hehe

  8. wahhh…. selamat bertunang
    sis darling and bro azlin yeahhh…!!!
    huhh… akhirnye.. sis darling nie
    akan akhiri gak zaman bujang 2
    taw…!!! hehehehehehe…………..

  9. assalamualaikum…
    saya doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat…
    di murahkan rezeki & semoga dapat baby cepat tau…huhuhu…
    saya gembira sangat kerana kak darling akhirnya kahwin gak…
    love you…
    all the best…

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu

Filem KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy