in

Filem KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy

Sebuah filem grafik komik, KAPOWW!!! filem ke 25 terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd adalah jawapan penerbit Malaysia kepada komik superhero terkenal seperti Batman, Spiderman, Catwoman dan lain-lain.  Bezanya ia agak gila-gila dan ia juga turut menyelitkan pelbagai mesej tersendiri dengan disampaikan melalui Jenaka Ringan mengikut kesantunan dan budaya Ketimuran oleh Penulis Skrip dan Pengarah, Azizi Chunk.

Melalui filem kita ketawa, kita merasa, dan kita belajar.  Selain menghidangkan sebuah filem dengan jenaka ringan, dialog yang bijak dan lucu,  serta senario yang gila-gila, Kapoww juga membawa maksud yang lebih mendalam – bagaimana manusia begitu mudah lupa diri dan terpengaruh dengan kuasa, kemasyhuran dan tuah yang datang.  Bagaimana kasih sayang dan sokongan seorang ibu tidak boleh dilupakan, dan bagaimana kita perlu percaya kepada kawan-kawan.  Dan dengan kepercayaan kepada keluarga, negara dan rakyatnya, kita akan lebih maju dan berjaya! 

Gambar Zizan Raja Lawak dan Lisa Surihani

3359382615 5703Aaf141 O | 4

Sinopsis KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy
Sebuah keluarga superhero – “keluarga Astromen” berbakti melindungi rakyat Malaysia daripada anasir-anasir jahat.  Mereka adalah superhero yang disukai oleh ramai orang. 

Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang bercita-cita menjadi seorang superhero.  Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampung, diketuai oleh Faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya yang memahami dan menggalakkan misi Atoi.  Aboo cuba yang terbaik membantu Atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama diidamkannya itu.  Aboo banyak merujuk kepada buku-buku komik Spiderman, Superman, Batman dan lain-lain.  Dan mereka mencuba pelbagai cara… disengat tebuan, kejutan eletrik, dilanggar keretapi… namun sia-sia belaka, malahan menambahkan kekecewaan dan kesedihan ibunya. 

Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang kerana lari dari rumah.  Dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir, Atoi keluar mencari Dolet.  Ketika berteduh di bawah sepohon pokok, Atoi disambar petir.  Setelah sedar daripada pengsan Atoi memperolehi kuasa superheronya – boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam mata pisau…

Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru untuk dilatih.  Selepas menyelamatkan Siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia dan penduduk kampung, Atoi terpilih sebagai superhero baru Malaysia.  Atoi kemudiannya mengikut Din Abu (pengurus kepada superhero) ke KL, dan berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.

Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi terkini di KL.  Namanya meniti di bibir.  Beliau menumpaskan banyak jenayah, lebih pantas dan lebih baik daripada Geng Astromen.  Orang ramai menjadikannya idola dan menyayangi beliau. Atoi mengalami kejutan budaya.  Beliau menukar namanya kepada Azroy.  Atoi kini dikelilingi oleh arak dan gadis-gadis cantik.  Sikap berlagak Atoi menyebabkan beliau menghina ibu sendiri yang datang mencarinya di sidang akhbar pelancaran album barunya.  Atoi malu dengan ibu yang berbaju kurung, teman wanita dari kampung, dan kawan baik yang bodoh-bodoh alang.  Atoi berpura-pura tidak mengenali mereka. Rakyat melihat kelakuan buruknya dan semua orang terkejut. Atoi kehilangan peminat, rakan-rakan, penaja, rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata.  Atoi kini dipulaukan oleh semua orang.

Mengetahui Atoi sangat bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransang kuasanya, arahan dikeluarkan oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi Atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi putus asa… beliau kehilangan kuasa, juga keluarga.  Beliau sedar kesilapannya tetapi sudah terlambat! Keluarganya telah diculik oleh kuasa jahat, Alakazambo!  Superhero lain juga tidak lagi bersamanya, dan tiada siapa mahu membantu.

Mampukah Atoi menyelamatkan keluarganya? Adakah beliau akan memiliki kembali kuasanya?  Siapa Alakazambo dengan kuasa sihir jahatnya itu?? Tonton Kapoww!!! untuk mengetahui jawapannya… KAPOWW!!!

3360200644 E1E1De4Da2 O | 5

PELAKON KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy

Senarai Para Pelakon Filem KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy

  1. Atoi – Zizan Raja Lawak
  2. Aboo – Bell Ngasri
  3. Siti Nurhasnita – Lisa Surihani
  4. Astromen Mak – Rosnah Mohd Aris
  5. Astromen Wau – Awie
  6. Astromen Belalang – Harun Salim Bachik
  7. Astromen Sedut – Delyla
  8. Din Abu – Afdlin Shauki
  9. Mak Jah – Norlia Ghani
  10. Faibo – Khir Rahman
  11. Zamin – Bob Kuman
  12. Mi Belit – Soffi Jikan
  13. Pak Nan – Usop Kopratasa
  14. Jen Ucop – Rashidi Ishak
  15. Pria Perkasa – Zailani
  16. Dukun Ngesot – Bandi Amok
  17. Lola – Sherry Ibrahim
  18. Melisa – Aishah Sinclair
  19. Ketua Geng Jerangkung – Henzi Andalas
  20. Pereka Fesyen – Patrick Teoh
  21. Mamak – Sathiya

3360201068 8A80Ca9A37 O | 6

Tenaga Produksi  KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy

Terbitan
Tayangan Unggul Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif
Gayatri Su-lin Pillai

Penerbit Penyelaras
Abdullah Affandi Abu Bakar (Atan)

Pengarah
Azizi Adnan (Chunk)

Penolong Pengarah
Mohd Firdaus Mohd Hanif (Pitt)

Penolong Pengarah 2
Md Hidhir Mohamed (Eday)

Sound Recordist

Ridzuan Bin Matzin
Mohd Roslan Bin Jalaludin 
Mohd Hushin Bin Yusof 
Mohd Radzi Bin Yusof 
Hadzim Bin Othman
Mohd Rashid Othman

Pengurus Produksi
Imilya Irwani Roslan
Muhamad Razif Abdul Rashid (Ajib)

D.O.P
Mohd Helmi Mohd Yusof

Pengarah Seni
Nazrul Ashraff Mahzan

Penyelaras Busana
Nasirah Ramlan

Jurusolek
Mohd Fuad Arippin (Edds)

Azlan Suhaimi Bin Ibrahim
Asst. Cam 1

Marzuki Effandi Mohtar
Asst. Cam 2

Ahmad Reedzuan Bin Rahmad
Gaffer

Hashim Bin Othman
Key Grip

Zainal Md Nayan
Boom Operator

Awangku Mohd Azmi Bin Nazir
Sound Assistant

Mohamad Jumadi Bin Daeng Mangala
Propmaster

Nordin Bin Ismail
Propman

Nor Azliany Mohamad
Asst Wardrobe

Zaimaliza Binti Zainal
Make-up Assistant

Mohd. Saiful Nizam Bin Abd Aziz
Contynuity

Mohd Nazari Bin Malek
Making Off

Kamarul Baharin Bin Ismail
Still Photo 1

Anjas Asmara Bin Sham
Still Photo 2

Samzani Bin Ishak
Runner

Badrul Nizam Mahbob
Handyman

Md Hidhir Bin Mohamed
2nd Assistant Director

Isma Zuriyya Binti Ismail
Prod. Assistant

Mohd Razib Salimin
Stunt Director

Stuntman

  1. Lukman Bin Mahzani
  2. Sharul Effendy Bin Mokhtar
  3. Roslan Bin Zainuddin
  4. Mohd Khairyzal Bin Salimin
  5. Mohd Hafizd Bin Mohd Razib
  6. Mohammad Ariff Bin Mohd Razib
  7. Shahrulnizam Bin Tajuddin
  8. Mohammad Ariff Hadi Bin Osman
  9. Abdul Rahman Bin Ayob
  10. Rozaini Bin Md Najib
  11. Muhammad Nur Hafizzudib Bin Jasmani
  12. Mohd Sharil Bin Jaafar
  13. Mohd Husin Bin Adan
  14. Khairul Azuad Bin Mahmad Rosdi
  15. Shahrulniza Bin Abidin

3360201190 2593E0317E O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nasreen Ngasri Darling Bertunang Dengan Nur Azlin Rahmat

Gossip: Pelakon Digugurkan Kerana Dadah