in ,

Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu

Pada hari Ahad lalu, akhbar Kosmo! telah melaporkan isteri Mawi, Ekin telah keguguran bulan lepas, selepas pulang dari berbulan madu di Korea.

Sebenarnya, Ekin tak tahu yang dia sedang mengandung di antara dua hingga tiga minggu lalu, dan seterusnya keguguran. Selepas mengalami pendarahan yang tidak berhenti selama dua minggu, Ekin yang pada mulanya ingatkan ia darah haid, lalu Mawi pun bawa ke klinik. Doktor memberitahu keguguran berlaku kerana dia terlalu aktif dan mungkin berpunca daripada tekanan menaiki kapal terbang ketika dia pulang dari Korea.

Tidak mengapalah Ekin dan Mawi, boleh cuba lagi di lain masa. Mungkin ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Rezeki dari Tuhan ada di mana-mana.

3121891815 0A77778Dc6 O | 3

Ekin gugur selepas bulan madu

Oleh MALIAH SURIP 

GAYA manja Ekin di samping Mawi.

KUALA LUMPUR – Impian pasangan penyanyi popular Asmawi Ani, 28, dan Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 30, untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran ‘orang ketiga’ tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

“Ya, saya keguguran kandungan pertama selepas pulang daripada berbulan madu di Korea bulan lalu,” ujar Ekin ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Keguguran tersebut berlaku pada awal Februari lalu selepas Ekin mengalami pendarahan selama dua minggu tanpa henti. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Mawi membawa Ekin ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

“Bila pergi ke klinik, barulah saya tahu saya mengandung. Darah yang keluar itu bukan darah haid seperti yang saya sangkakan, tapi darah janin yang baru nak jadi. Menurut doktor, keguguran terjadi kerana saya terlalu aktif dan barangkali berpunca daripada tekanan menaiki kapal terbang sewaktu pulang dari Korea, beberapa hari sebelum itu,” cerita Ekin lagi.

Beritahu anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, sewaktu keguguran, kandungannya baru berusia antara dua hingga tiga minggu.

“Saya pun tak tahu saya mengandung. Jadi saya menjalani aktiviti harian saya seperti biasa. Doktor kata, antara sebab saya keguguran adalah kerana terlalu aktif,” jelas beliau.

Sementara itu, Mawi ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, keguguran yang dialami isterinya bukan alasan untuk mereka tidak mempunyai anak. Beliau berdoa untuk mempunyai cahaya mata secepat mungkin.

“Saya kecewa dan sedih tetapi reda… sudah tak ada rezeki. Ada hikmah yang Tuhan selitkan di sebalik keguguran isteri saya. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Grey’s Anatomy Musim ke-5 di NTV7

Nasreen Ngasri Darling Bertunang Dengan Nur Azlin Rahmat