in

Nasihat Buat Pelakon Eina Azman

Setelah tersiarnya berita tentang pelakon Eina Azman ditipu oleh seorang Datuk sehingga nyaris-nyaris diperkosa minggu lalu, maka ramailah pembaca yang memberikan komen mereka. Pada hari ini juga, Budiey ada terbaca tentang kontroversi ini dalam Harian Metro di mana seorang Pakar Motivasi dan Kaunseling RKH Motivation & Services, Dr Robiah Hamzah ada mmeberikan pendapat beliau dan mengulas tentang kejadian malang ini.

“Jangan menyalahkan orang yang memberi tawaran. Sebaliknya lihat kelemahan diri tidak dapat menilai baik buruk keputusan dibuat.”

Menurut beliau lagi, wanita khususnya golongan artis sepatutnya tahu orang membuat tawaran itu selalunya manusia bijak kerana pandai menangguk di air keruh.

“Pada saya, kita tak patut marah dengan orang yang membuat tawaran, tapi artis itu sendiri kena fikir, macamana pula urusan jual beli kereta dibuat di hotel?”

“Dia (Eina Azman) kenalah belajar jadi dewasa dan guna akal fikiran yang ada. Kalau diaturkan pertemuan di hotel, sudah pasti itu tawaran yang meragukan atau tawaran yang sesat.”

“Sepatutnya artis ni kena fikir panjang, kalau nak beli kereta, berbincanglah di pusat jualan kenderaan atau tempat terbuka.”

Eina Azman sebelum ini mendakwa diajak bertemu lelaki bergelar Datuk di hotel kira-kita jam 11 malam pada 8 Februari lalu untuk berbintang soal pembelian kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.

Eina Azman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penulis Skrip & Wartawan Hiburan Meor Shariman Meninggal Dunia

Album WILL.I.AM