in , ,

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Curang, You All Yang Fitnah Suami Saya,”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya menangis sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.

Bagaimanapun, segalanya terjawab rupanya Eina menangis apabila menyangka suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet lupa untuk mengucapkan ulang tahun kelahirannya.

Memetik Utusan Online, Eina menepis dakwaan netizen yang mendakwa suaminya curang. Menerusi komen balas terhadap netizen, Eina berkata suaminya tidak pernah curang malah telah difitnah oleh netizen.

“Salam…betul apa? Oh, yang fitnah netizen cakap suami saya curang? Saya tak pernah cakap suami saya curang. You all yang fitnah suami saya. Tiada apa yang kelakar di sini, terima kasih,” jawabnya.

Susulan videonya menangis sebelum ini, ada netizen mendakwa suami kepada pelakon tersebut curang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Lebih Mata AirAsia dari AirAsia Rewards Bersempena Hari Raya 

Pejam Celik Pejam Celik Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok