in ,

NASHA AZIZ BINTANGI DRAMA SOFIA ADAWIYAH di RTM2

NASHA AZIZ BINTANGI DRAMA SOFIA ADAWIYAH, SLOT CITRA, JUMAAT (15 OGOS 2008), JAM 10.00 MALAM DI RTM2

Kepada anda yang merindui dan ternanti-nantikan kemunculan model dan pelakon terkenal Nasha Aziz menerusi layar televisyen, usah lepaskan peluang menyaksikan drama terbaru lakonannya menerusi Sofia Adawiyah mengisi Slot Citra, Jumaat (15 Ogos 2008), jam 10.00 malam di RTM2.

Ternyata kemunculan Nasha Aziz menerusi drama terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini pastinya mampu mengubati kerinduan peminat aktres popular yang pernah membintangi filem antaranya Bara, Trauma, Puaka Tebing Biru dan Otai ini apatahlagi kali ini Nasha membawakan watak gadis kampung yang berbeza dengan penampilan sebenar dirinya yang sememangnya terkenal dalam dunia peragaan fesyen.

Selain Nasha Aziz, Sofia Adawiyah diterajui lakonan mantap Isma Danial, Mazin Shiraj, Fadilah Mansor, Nadia Mustafa, Ridzuan Hashim dan Roslan Salleh.

Sofia Adawiyah membawakan kisah seorang graduan dalam bidang pengiklanan yang berasal dari kampung bernama Sofia Adawiyah. Setelah menamatkan pengajian, dia ditawarkan bekerja di sebuah syarikat di ibukota.

Begitu pun sebagai seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya, Sofia rela berhijrah ke Kuala Lumpur meninggalkan ibu dan juga adiknya, Azim yang terencat akal.

Tetapi langkah yang cuba diatur gadis ini tidak semudah disangka. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi Sofia dan salah satunya diterima daripada ketuanya, Nazrul yang selalu memandang rendah terhadapnya.

Mujur saat itu setiap tindakan keputusan diambil Sofia mendapat sokongan teman sepejabat yang juga teman baiknya, Tony. Kesibukan di tempat membuatkan Sofia jarang sekali pulang ke kampung menjenguk keluarganya. Meski pun setiap bulan dia tidak pernah gagal mengirimkan wang belanja untuk ibunya dan Azim.

Timbul kekecohan satu hari apabila Sofia diberitahu keluarganya di kampung, Azim adiknya yang terencat akal hilang. Ketika itu Sofia mula buntu memikirkan jalan terbaik mencari adik kesayangannya itu. Dia serba salah dan menyalahkan diri sendiri kerana menyedari sejak mula bekerja, dia jarang meluangkan masa bersama kedua-dua insan yang begitu disayanginya itu.

Namun berjayakah Azim ditemui semula? Apakah punca Azim menghilangkan diri? Usah lepaskan peluang menyaksikan lakonan mantap Nasha Aziz membawakan watak gadis bersemangat tinggi dan dikagumi peribadinya menerusi  Sofia Adawiyah mengisi Slot Citra, Jumaat (15 Ogos 2008), jam 10.00 malam di RTM2.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Julia Ziegler di Festival Filem Malaysia 21

Drama Mertua VS Menantu Lakonan Erra Fazira