in ,

Nash dan Betty Benafe Bercinta?

Sebenarnya hubungan teman tapi mesra Nash dan Betty Benafe dah terjalin masa mereka di Persatuan Karyawan lagi. Cuma sejak Nash bercerai dan membawa status duda, hubungan bekas vokalis Lefthendad ini dikatakan begitu intim dengan penyanyi berkacukan Arab-Indonesia, Betty Benafe.

Kalau minggu lepas kita ada dengar berita bekas isteri Nash ditangkap kerana bersama dengan kekasihnya di sebuah rumah dalam keadaan mencurigakan, tapi kali ini Nash pula semakin berani dan tak segan silu lagi menunjukkan kemesraan bersama kekasih barunya di majlis perkahwinan anak sedara pelawak Zaibo di Bukit Damansara semalam. Tak pelah, masing-masing dah ada pilihan hati. Yang penting sekali, semua nampak bahagia. Wajah Nash dan Betty dalam gambar ni pun nampak berseri semacam aje. Kalau ada jodoh orang kata tak ke mana.

Terbukti jelas, di majlis itu ramai yang terusik ketika Nash menyampaikan lagu Doa Buat Kekasih di atas pentas, Betty menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash. Sangat simbolik dan ada maksud tersirat dan hanya Nash saje yang tahu… itu kata Betty Benafe. Masa terima bunga tu, Nash cakap dia akan simpan bunga tu sampai kering. Sangat special! [sumber]

Selepas berita ‘kena tangkap’ keluar kat media, Sosilawati telah hadir ke sidang akhbar menyatakan dia sudah bernikah dengan pasangannya pada 25 November 2009 di Songkhla, Thailand dan mengakui sudah tamat edah selepas bercerai dengan penyanyi, Nash pada 26 Mei lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memori AJL: Fesyen Lepas Bahu Iera Syazira

Ucapan Mila Jirin Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com