in

Memori AJL: Fesyen Lepas Bahu Iera Syazira

Kalau semalam, kita dah tengok fesyen kemban Dayang Nurfaizah dan hari ini, kita imbas kembali apa yang dipakai oleh Iera Syazira.

Seperti yang ramai tahu, Iera Syazira mempunyai kulit putih melepak yang sangat cantik. Seperti juga Dayang Nurfaizah, fesyen lepas bahu Iera Syazira juga sangat simple dan memilih warna hitam sebagai warna basic. Cuma yang special nya ialah ada pada bahagian atasnya, kalau dilihat dari jauh, ianya seperti Iera Syazira memakai bra di luar. Juga yang unik, ada selendang dipaut di lengan dengan warna serta corak yang sama.

Agak-agak, apa pula yang dipakai oleh pelakon drama bersiri Cinta Balqis ini pada AJL24 nanti ya?

Lagi 5 hari, AJL akan berlangsung. Budiey masih belum menerima apa-apa berita tentang tiket AJL dari pihak TV3. Ternyata, ramai sekali pembaca yang bertanya pasal tiket AJL. Sebenarnya, Budiey dah berusaha untuk mendapatkan tiket AJL untuk korang, cuma mungkin pihak TV3 agak sibuk ketika ini dan mereka tak berkesempatan untuk memberi sebarang jawapan. Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah, kalau ada rezeki korang, pasti Budiey akan buat contest AJL kat sini.

Dengarnya, pengacara AJL24, Faizal Ismail terpaksa bertongkat kerana kakinya mengalami kecederaan. Digandingkan dengan Cheryl Samad dan Ally Iskandar, penyampai HotFM ini mungkin akan mengalami satu situasi yang sama ketika Fara Fauzana yang juga masih dalam pemulihan ketika mengacara Anugerah Skrin yang lalu.

4244669782 27B7De58Cd O | 4

4243894967 4Cc2F70240 O | 5

4244665868 E5Cece5B42 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010

Nash dan Betty Benafe Bercinta?