in

Najwa Latif & Tasha Manshahar Perform di Showcase GUAkustika

SHOWCASE GUAkustika sempena Sambutan Ulangtahun GUA ke-5!

[dropcap]P[/dropcap]ortal hiburan GUA bakal menganjurkan Showcase GUAkustika pada 8 Disember 2012 (Sabtu) bermula dari jam 3 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Studio 2 ntv7 Glenmarie, Shah Alam. Showcase khas ini bertujuan meraikan pelayar setia GUA bersempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-5 portal hiburan ini.

Najwa Latif

Antara yang menyertai, bintang sensasi YouTube Najwa Latif yang terkini popular menerusi lagu religi berjudul ‘AdaMu’. Baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, showcase GUAkustika merupakan penampilan pertama beliau secara langsung di khalayak ramai.

Turut tampil membuat persembahan, Tasha Manshahar yang semakin dikenali dengan single ‘Cuba Teka’ dan ‘Be Mine’ menerusi duet bersama Syed Shamim. Showcase GUAkstika ini turut mengetengahkan barisan artis kegemaran remaja kini seperti IamNeeta, Deanna Hussin, The Alif dan Daiyan Trisha.

Showcase GUAkustika ini boleh ditonton secara ‘streaming’ dari seluruh dunia menerusi laman sesawang http://www.gua.com.my/guakustika mulai jam 3 petang sehingga 4.30 petang pada Sabtu, 8 Disember 2012.

Layari www.GUA.com.my untuk maklumat lanjut!

GUA mencari 10 pembaca bertuah (ditemani rakan mereka) ke showcase eksklusif ini. Anda cuma perlu hantarkan emel kepada [email protected] jawapan kepada soalan-soalan di di bawah besertakan nama penuh, nombor telefon dan alamat surat-menyurat. Tarikh tutup penyertaan 23 November 2012.

1. Namakan tiga artis YouTubers yang akan membuat persembahan di GUAkustika.
2. Tahun ini, GUA menyambut ulangtahun yang ke berapa?

Najwa Latif &Amp; Tasha Manshahar Perform Di Showcase Guakustika

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Lelong Tudung Fareeda Bantu Pesakit HIV AIDS

Bella & Fatin Tersingkir dari Vokal Musim 2