in

Najwa Latif Tampil Kelainan Dalam Lagu HILANG

Hampir 2 tahun tidak merakam single baru gara-gara sibuk melanjutkan pelajaran, Najwa Latif kini telah muncul dengan single terbarunya yang berjudul Hilang yang dilancarkan 1 Februari lalu. Kali ini lirik dan lagu Najwa lebih menampakkan kematangan sesuai dengan umur beliau yang kini berusia 19 tahun.

Najwa Latif Tampil Kelainan Dalam Lagu Hilang

Lagu Hilang ini lebih menampakkan perubahan dari segi vocal dan susunan muzik yang sedikit berat dari single-single beliau sebelum ini. Liriknya juga mudah difahami dan sesuai untuk menarik minat golongan remaja .Lirik Lagu Hilang ini tulis oleh ika latif iaitu kakak najwa sendiri dan beliau selesa berkerjasama kakaknya itu.

Satu kelebihan single ini adalah muzik videonya yang memaparkan kisah kekeluarga dan menerapkan nilai-nilai masyarakat penyayang dan prihatin serta kesedaran tentang perlunya ibubapa memberi perhatian kepada anak-anak dalam kesibukan mereka menjalani kehidupan seharian. Dalam muzik video “Hilang” juga menampilkan pelakon Mustapha Kamal dan Ainina Ahmad B sebagai watak ibu bapa kepada Najwa.  Muzik video arahan Khaidir Shahri ini juga turut menggunakan khidmat Ikhwan Affandi untuk elemen kesan khas.

Menurut Najwa single  ini sangat bermakna buatnya serta berharap ianya dapat di terima oleh pendengar muzik tempatan serta salah satu pejalanan baru  dalam karier seni beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan Raja Lawak & Jepp Sepahtu Pengacara School of Lawak

Pakej Videografi Menarik TDS Productionz