in , , ,

Apple iPhone 12 Mini Dilihat Punya Bateri Berkapasiti 2227mAh, iPhone 12 Dengan 2815mAh

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iPhone terbaru mereka dibawah siri iPhone 12, dan sebanyak empat model diperkenalkan.

Menariknya, ia hadir dengan cip pemprosesan 5nm yang menawarkan pemprosesan efisien dan menjimatkan tenaga.

Seperti kebiasaan, Apple tidak berkongsi spesifikasi teknikal untuk peranti mereka. Selepas perkongsian berkaitan memori pada telefon pintar berkenaan, kini info berkenaan kapasiti bateri iPhone 12 turut hadir ke arena web.

Apple iPhone 12 & 12 Mini Dilancarkan dengan Harga Bermula Dari RM3399

Melalui penemuan berdasarkan pengesahan peranti di Brazil, kapasiti bateri pada iPhone 12 dan iPhone 12 Mini kini diketahui.

Ia dilihat iPhone 12 Mini hadir dengan kapasiti bateri sebanyak 2227mAh, sementara iPhone 12 pula hadir dengan bateri berkapasiti 2815mAh.

Apple sebelum ini sekadar mengatakan bateri pada iPhone 12 Mini boleh bertahan sehingga 15 jam lamanya untuk tontonan video. Walaupun dengan kapasiti bateri rendah, Apple sering lebih mengoptimasikannya menggunakan sokongan perisian dan perkakasan pada sesuatu peranti berkenaan.

Buat masa ini, kapasiti bateri pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max masih tidak diketahui lagi.

*Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif & Akwa Arifin Lancar Muzik Video DUA, Ternyata Ramai Yang Suka

Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli Sedia Dikritik, Lakonan Asif & Yoe Dinantikan Peminat