in , ,

Netizen Tak Sabar Nak Tonton Lakonan Cik B dalam Drama LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian bakal bersiaran di slot Lestary TV3 bermula minggu hadapan. Menariknya, drama bersiri ini menggandingkan wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan ramai lagi.

Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin atau lebih mesra disapa Cik B ini adalah anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida. Namanya sendiri semakin hari makin dikenali ramai dengan pelbagai video menarik yang dikongsikannya menerusi laman Twitter dan Instagram. Rata-rata yang aktif di media sosial pastinya mengenali siapakah Cik B.

Perwatakannya yang bersahaja dan merendah diri juga menjadikan dia seorang remaja yang sering menjadi perhatian ramai. Terbaru Cik B berlakon dalam drama LELAKI LINGKUNGAN CINTA pula meraih tumpuan warganet.

Lelaki Lingkungan Cinta

Terbaru, teaser drama Lelaki Lingkungan Cinta yang dimuat naik menerusi laman Instagram Drama Sangat yang memaparkan Cik B turut berlakon di dalamnya membuatkan ramai teruja! Menerusi teaser drama tersebut kelihatan Cik B berlakon bersama Naim Daniel dan Shasha Abedul. Video teaser tersebut sehingga kini telah meraih lebih 28,000 tontonan.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, pada awalnya dia agak bimbang kerana tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan namun segalanya dipermudahkan malah tiada lagi rasa malu.

“Mula-mula saya agak takut sebab tiada pengalaman berlakon, lepas itu Mama push (paksa) saya untuk ambil watak ini. Saya tiada pilihan… tak boleh kata tidak! Jawapannya hanya yes sahaja. 

“Alhamdulillah sekarang saya suka sebab kru semua sangat baik. Saya masih kaku sebab lidah pendek,”

– Cik B

Ujar Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen, 15, semuanya bermula selepas ibunya itu bertegas mahu dia mencuba nasib sebagai pelakon. Dalam masa sama, Cik mengakui kini makin seronok menjadi seorang pelakon, malah dah hilang rasa malu. 

Lelaki Lingkungan Cinta

Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian bakal bersiaran di slot Lestary TV3 bermula minggu hadapan.

Menariknya, drama bersiri ini menggandingkan wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan ramai lagi.

Single terbaru penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudu Siapa Tak Mahu dijadikan lagu tema bagi drama bersiri terbabit.

Menerusi kemas kini Instagram Siti, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid itu berkongsi video teaser drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta.

Untuk rekod, sebelum ini Cik B pernah berlakon dalam video muzik Kucaimars berjudul Mudah Bagimu. 

Tak sabar nak tengok Cik B!

Di ruangan kapsyen, Siti mengakui dia tidak sabar mahu menyaksikan lakonan Naim dan Cik B! 

Lelaki Lingkungan Cinta

BIODATA CIK B

Berikut dikongsikan maklumat latar belakang artis ini.

Nama Sebenar : Nur Edlynn Zamilleen Binti Muhammad Amin

Nama Samaran : Cik B

Umur : 15 tahun (2020)

Tarikh Lahir : 19 Mei 2005

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Drama : Lelaki Lingkungan Cinta

Rata-rata peminat turut sama tak sabar untuk menyaksikan lakonan anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida ini!

Karya terbitan Zeel Production ini mendapat sentuhan penulis skrip Marr Mohamad dan ia merupakan sebuah cerita cinta yang diinspirasikan daripada novel berjudul sama karya Lily Haslina Nasir.

Nantikan drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ diinspirasikan daripada novel tulisan Lily Haslina Nasir. Menampilkan gandingan baharu Naim Daniel dan Shasha Abedul. Drama arahan Emi Suffian, terbitan Zeel Production. Akan disiarkan di slot Lestary TV3.

SINOPSIS LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya. Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. – Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”

– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Lelaki Lingkungan Cinta

Jangan lupa saksikan Lelaki Lingkungan Cinta di slot Lestary, bermula 21 Oktober ini, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam, hanya di TV3!

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Lelaki Lingkungan Cinta
Lelaki Lingkungan Cinta
Lelaki Lingkungan Cinta

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Takziah! Bapa Pengacara & Penyampai Radio ERA, Haniff Hamzah Meninggal Dunia

Najwa Latif & Akwa Arifin Lancar Muzik Video DUA, Ternyata Ramai Yang Suka