in , ,

Video Nabila Razali Buat Lawak Bersama Bocey Dapat Sambutan Penonton

Gamat! Heboh! Begitulah yang Budiey boleh katakan apabila penampilan Nabila Razali tampi berlawak bersama Bocey minggu lepas mendapat sambutan penonton. Pentas ‘Bocey & Friends Live’ yang mula dibuka pada minggu lalu menyaksikan sebuah persembahan pembukaan yang cukup menghiburkan dan padat dengan pelbagai pengajaran daripada Bocey dan Nasir Bilal Khan dengan kerjasama tetamu jemputan, Nabila Razali, Tauke, Ajak serta Datuk Zainal Abidin.

Persembahan komedi yang bertemakan ‘kenduri kawin’ tersebut menyentuh mengenai isu perbelanjaan perkahwinan melampau yang seringkali melibatkan ramai pasangan muda masa kini.

Untuk persembahan pada minggu kedua ini, Fad, Achey dan Abam akan membuat persembahan bertemakan ‘Teman Tapi Mesra’ bersama tetamu jemputan yang cukup lucu dengan jenaka selamba mereka, Mark Adam serta Kamal Adli.

Pernah berada di atas satu pentas komedi yang sama sebelum ini, mampukah keserasian antara Bocey, Mark Adam dan Kamal Adli membantu persembahan komedi mereka pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bertuahnya 5 Insta Femes Jadi Bintang Iklan Bersama Fattah Amin

Siti Nurhaliza Lancar Aplikasi Sendiri Khas Untuk Peminat Setia