in , , ,

Nabil Mahir Teruja Jadi Bapa, Bersyukur Anak Dilahirkan Sihat

Nabil Mahir telah meluahkan rasa syukur dan teruja apabila bergelar bapa selepas Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pengacara berusia 33 tahun itu memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang memangku bayi perempuan itu sekali gus berkongsi perkembangan terkini.

Menurut Nabil, isteri dan anaknya dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rehat secukupnya selain berterima kasih atas ucapan serta doa daripada orang ramai.

Nabil Mahir Teruja Jadi Bapa, Bersyukur Anak Dilahirkan Sempurna & Sihat

“Saya secara rasmi seorang bapa! Alhamdulillah, segalanya cepat dan berjalan lancar. Ayda bersalin Baby Wuvv jam 7.07 malam dan beratnya 2.77 kilogram.

“Ayda & bayi sihat alhamdullah. Mereka hanya perlukan rehat yang banyak. Malam semalam dah mula bangun hampir setiap jam tapi alhamdulillah bayi senang dipujuk.

“Terima kasih semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama-sama dapat keberkatan daripadaNya. Jaga diri dan kekal selamat,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda melahirkan bayi tersebut secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas terpaksa bersalin seminggu lebih awal.

Nabil Mahir Teruja Jadi Bapa, Bersyukur Anak Dilahirkan Sempurna & Sihat

Pasangan selebriti berkahwin pada 1 Januari lalu selepas sembilan bulan mengikat pertunangan secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar, Daiyan Trisha & Dini Schatzmann Teruja Menggunakan Siri Galaxy Z 5G, Ini Kata Mereka

Pawagam TGV Sudah Dibuka, Ini Tawaran Istimewa Buat Pengunjung