in , ,

Pawagam TGV Sudah Dibuka, Ini Tawaran Istimewa Buat Pengunjung

Rangkaian pawagam TGV Cinemas akan memulakan semula operasi secara berperingkat bermula hari ini.

Cawangan dijangka beroperasi secara rasmi termasuklah Kuala Lumpur, Klang, Cheras, Rawang, Kepong, Manjung, Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Johor.

Manakala, dua lagi cawangan panggung wayang di Perak iaitu TGV Kinta City dan Taiping dijangka memulakan operasi pada 7 Oktober depan.

Pengurus Besaran Jualan dan Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava berkata, langkah keselamatan diperketatkan bagi menyambut kehadiran pelanggan.

TGV at Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

“Kami sudah menguji prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil langkah yang perlu untuk menyambut kehadiran penonton dalam memastikan keselamatan apabila pawagam memulakan kembali operasi, hari ini.

“Data pembelian awal tiket menunjukkan ‘kaki wayang’ sudah membuat tempahan tiket lebih awal melalui laman web dan aplikasi.

“Filem Black Widow dan No Time To Die antara karya yang mendapat permintaan popular di kalangan penonton. Malah, permintaan menyaksikan filem secara persendirian turut mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“TGV Private Cinema menawarkan sewaan pawagam kepada penonton mahu menyaksikan filem secara berkumpulan, di mana mereka membuat tempahan keseluruhan panggung,”

– Mohit Bhargava

Penonton yang ingin mengetahui sewaan pawagam untuk tontonan secara persendirian boleh melayari laman web https://www.tgv.com.my/private-cinema.

Sementara itu, bagi meraikan pembukaan semula pawagam, TGV menyediakan pelbagai tawaran menarik kepada kaki wayang dan ahli kelab.

Antaranya, tawaran istimewa sepanjang tahun dengan diskaun 50 peratus bagi pembelian makan dan potongan harga tiket untuk pembelian melalui ShopeePay.

Berkuatkuasa 9 September lalu, kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan SOP Fasa Satu bagi industri kreatif.

Ini termasuklah aktiviti panggung wayang kepada individu yang lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Mahir Teruja Jadi Bapa, Bersyukur Anak Dilahirkan Sihat

Drama DIA ISTERIKU Lakonan Che Ta Papar Kisah Peritnya Difitnah