in , ,

Nabil Mahir & Ayda Jebat Pilih Nama Ana Nayla, Raih 29,000 Pengikut di Instagram

Genap seminggu bergelar ibu bapa, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka di Instagram (IG). Pasangan ini telah buka akaun Instagram dan setakat ini sudah pun berjaya meraih 29,000 pengikut!

Genap seminggu melahirkan cahaya mata sulung, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsikan nama anak perempuan mereka yang diberi nama Ana Nayla.

Menerusi entri tersebut, pasanngan itu turut berkongsikan video pendek wajah anak mereka. Malah, pasangan itu turut membuka akaun Instagram anak mereka.

Lebih mengejutkan baru sahaja memuat naik posting pertama dua jam lalu, akaun Instagram Ana Layla sudah meraih 27,000 pengikut.

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan itu serta teruja melihat warna mata Ana yang sangat cantik serta mendoakan menjadi anak yang solehah.

Mengikuti sunnah menyambut kelahiran bayi, Ayda dan suami, Nabil Mahir akhirnya mendedahkan nama dan wajah anak mereka kepada peminat pada hari ketujuh.

Nabil Mahir &Amp; Ayda Jebat Pilih Nama Ana Nayla, Raih 29,000 Pengikut Di Instagram

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Pencuri Hati itu berkongsi satu video pendek yang memaparkan wajah puterinya yang diberi nama Ana Nayla.

Malah Ayda dan Nabil turut membuka sebuah akaun Instagram buat bayi mereka, @ananaylaofficial yang kini telah pun meraih lebih 39,000 pengikut.

“Ana Nayla binti Ahmad Nabil @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya,”

Nabil Mahir &Amp; Ayda Jebat Pilih Nama Ana Nayla, Raih 29,000 Pengikut Di Instagram

Mata BabyWuvv Buat Ramai Terpegun Tengok – ‘Subhanallah Anugerah Terindah’

Perkongsian ini dengan pantas mencuri tumpuan peminat dan rakan selebriti yang memuji kecomelan Ana Nayla serta sepasang mata miliknya yang begitu cantik dan jernih.

“Masya-Allah, cantiknya mataaa,” tulis Dayana Roza.

“Ala comel! Tahniah Brobil @nabimahir dan Ayda,” tulis Hefny Sahad.

 Yasmin Hani pula menulis, “MasyaAllah, sangat comel… Love her eyes!”

Ana Nayla dilahirkan pada 21 September 2021, seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang dengan berat 2.77 kilogram pada pukul 7.07 malam.

Berita gembira itu dikongsi Nabil menerusi satu hantaran di Instagram. Dia memuat naik foto bersama bayinya sambil berkongsi keterujaannya menjadi bapa di ruangan kapsyen.

“Saya secara rasminya bergelar bapa! Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan pantas. @AydaJebat melahirkan Baby Wuvv pada jam 7.07pm dengan berat 2.77kg.

“Ayda & Baby sihat Alhamdulillah. Mereka hanya perlukan banyak rehat. Malam semalam dah mula bangun hampir setiap jam, tapi Alhamdulillah Baby senang dipujuk,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah | 23

Tablet Coklat Excel Pro ‘Lain Maciamm’

Nabila Razali | 24

Nabila Razali Harap Menang Trofi Penyanyi Wanita Popular