in ,

MySejahtera Akan Perkenalkan Fungsi Aduan Untuk Orang Yang Melanggar SOP

Aplikasi MySejahtera bakal memperkenalkan fungsi khas di mana orang ramai boleh membuat aduan jika mereka ternampak orang atau premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19.

Dalam sebuah kiriman Facebook oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), butang “Aduan” itu boleh dimanfaatkan jika pengguna melihat pelanggaran SOP secara individu seperti tidak memakai pelitup muka, tidak mematuhi jarak fizikal atau melanggar perintah kuarantin.

Pengadu juga boleh buat laporan jika premis gagal mengamalkan SOP seperti tidak merekod bilangan pelawat atau memeriksa suhu badan.

Selain itu, pengadu boleh memuat naik gambar untuk dijadikan bahan bukti dalam aduan tersebut. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pula mengatakan fungsi aduan akan diperkenalkan dalam MySejahtera.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak | 23

ABPBH 34 Mara Ke Pusingan Top 5, Undian Calon Tarik Diri Tidak Diaudit

Siti Nordiana | 24

Masuk Percuma! Istana Budaya Menganjur Konsert Rentak Kita Pada 22 & 23 Oktober 2021