in ,

Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19

Sejak dilancarkan pada April tahun lalu, aplikasi MySejahtera telah mencapai 26.3 juta muat turun seluruh negara setakat 5 Januari yang lepas menurut Kosmo.

Kini, aplikasi yang dibangunkan bagi pengesanan kontak rapat bagi membendung penularan wabak itu telah dikemaskini dengan ciri penghantaran notifikasi dan berhubung terus dengan pihak KKM.

Menurut perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bermula 15 Januari, pengguna MySejahtera akan diberikan notifikasi melalui SMS dan Push Notification sebaik didaftarkan sebagai kes positif.

MySejahtera

Selain itu, pengguna juga akan menerima khidmat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri serta peringatan setiap hari. Peringatan tersebut bertujuan untuk mengingatkan pengguna melakukan penilaian pemantauan gejala wabak terbabit dalam tempoh 10 hari berturut-turut.

Sekiranya pengguna bergejalamaklumat terbabit akan terus disalurkan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC).

Dinyatakan juga, kemaskini itu membolehkan pengguna positif yang masih belum dihubungi petugas kesihatan KKM, melaporkan secara sendiri terus kepada KKM. Caranya adalah dengan menuju ke halaman utama HelpDesk MySejahtera dan menuruti langkah pada ruangan G.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

FINAS Nafi Penggambaran Boleh Diteruskan di Kawasan PKP

Shima Anuar Sahkan Sudah Negatif Covid-19 Selepas Jalani Ujian Swab Kali Kedua