in ,

Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah Menampilkan Johan As’ari

Budiey rasa sekarang ini, masih ada lagi yang terkejut dengan berita pengakuan Johan As’ari yang memilih Lana Nordin sebagai cinta hati, dan bukannya Shila Amzah sebagaimana yang digembar-geburkan di internet sebelum ini. Budiey pun sebenarnya tak sangka sebab semasa pengambaran muzik video ini iaitu selepas hari raya puasa lalu, hubungan Shila Amzah dan Johan As’ari agak rapat. Heboh di media massa dan internet tentang gossip kononnya Johan As’ari dan Shila Amzah bercinta sebab di Instagram Shila Amzah pun ada gambar dia dengan Johan.

Mungkin kerana itu bahang kehangatan topik ini yang masih lagi membahang, memberi ruang untuk Warner Music Malaysia untuk melancarkan muzik video lagu Masih Aku Cinta nyanyian Shila Amzah di Youtube milik Warner Music Malaysia. Dengarnya, muzik video ini dah diupload di Youtube semalam tapi oleh kerana sebab-sebab yang tak dapat dipastikan, muzik video ini terpaksa ditarik balik dan disiarkan semula pada hari ini.

Shila Amzah Langsung Tiada Perasaan Cinta Pada Johan As’ari

Dalam ruang RAP, Harian Metro hari ini tanggal 4 Disember, Shila Amzah mengeluarkan kenyataan bahawa Shila Amzah langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Shila juga memberikan alasan kenapa beliau telah memadamkan gambar bersama Johan As’ari dalam Instagram miliknya. Menurut Shila, dia buat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.

Shila Amzah juga meminta kerjasama semua media dan blogger agar tak lagi mengaitkan nama Shila untuk apa-apa artikel yang akan datang. Shila meminta jasa baik semua agar menghentikan artikel berkaitan mereka bertiga kerana mahu fokus dalam kerjaya dan meneruskan perjuangannya.

Shila Amzah akan pulang ke Malaysia untuk buat persembahan di Anugerah Industri Muzik yang berlangsung pada 14 Disember ini.

Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah Menampilkan Johan As'ari

[dropcap]B[/dropcap]udiey percaya ramai peminat Shila Amzah menantikan muzik video ini sebab nak tengok penampilan Johan As’ari. Setelah dilancarkan petang tadi, Budiey ada tonton beberapa kali muzik video ini dan apa yang Budiey rasakan, lakonan Johan As’ari sangat berkesan sebagai seorang lelaki yang dikecewakan oleh kekasih. Dalam video ini terselit beberapa babak mesra antara Shila dan Johan. Dalam ruangan komen, Budiey ada terbaca, ironinya, apa yang berlaku di dunia realiti, adalah sebaliknya. Ramai yang kata, adakah ini satu kebetulan atau badi kepada Shila apabila setiap kali rakam muzik video, beliau mahu menampilkan buah hatinya. Mereka kata, mungkin selepas ini, Shila dah trauma dan tak perlu nak tayang boyfriendnya dalam muzik video. Tapi bagi Budiey semua ini satu ketentuan-Nya dan jodoh pertemuan dah dirancang oleh Tuhan.

Budiey mendapat banyak juga respon mengatakan muzik video ni memang terbaik. Visual pun nampak menarik dan sangat cantik. Johan digambar dalam keadaan yang tak terurus dan kuat merokok kerana merana dek putus cinta. Melalui video muzik ini, Shila Amzah digambarkan sebagai dirinya sendiri di mana ada paparan belakang tabir beberapa show yang melibatkan Shila Amzah termasuklah Showcase Shila Amzah yang berlangsung baru-baru ini.

[pullquote align=”right”]Selain Johan As’ari, muzik video ini juga menampilkan pelakon Julia Ziegler.[/pullquote]

Pada hari Rabu tanggal 30hb Oktober 2013 adalah merupakan detik yang amat bersejarah dan penuh bermakna terutamanya bagi Warner Music Malaysia untuk bekerjasama buat julung-julung kalinya dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang bukan sahaja berpangkalan di Malaysia malah di Shanghai jua. Detik bersejarah ini dilakarkan setelah beliau dinobatkan sebagai JUARA ASIAN WAVE 2012 melalui sebuah program realiti popular di rantau Asia yang diadakan di Shanghai, China. Bukan sekadar pencapaian itu sahaja malah beliau juga telah dinominasi di dalam 3 (tiga) kategori World Music Award 2012/13 iaitu World’s Best Female Artist, World’s Best Entertainer of the Year 2013 & World’s Best LIVE Act 2013.

Pada 19 Oktober yang lalu di Anugerah Planet Muzik 2013, salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album “Shila Amzah” iaitu ‘Masih Aku Cinta’ telah diangkat dan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia. Sebuah kejayaan yang gemilang bagi pengiktirafan sesebuah karya di dalam pentas berprestij di rantau ini yang telah diraih oleh seorang anak seni tempatan yang berbakat besar serta bertaraf antarabangsa yang membanggakan seluruh warga Malaysia iaitu Shila Amzah.

Dan kini, teristimewa untuk semua peminat seni tanah air terima lah muzik video yang dinanti-nantikan iaitu “Masih Aku Cinta” nyanyian Shila Amzah.

“…siapa lagi kalau bukan kita yang menyokong artis tempatan…. dan kini telah bergelar sebagai artis bertaraf antarabangsa….”

Kepada peminat setia Shila Amzah, anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video “Masih Aku Cinta” ‘special edition’ hanya di YouTube Warner Music Malaysia.

Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah Menampilkan Johan As'ari

Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah Menampilkan Johan As'ari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Dengan Duit Syiling & Al-Quran

Shila Amzah Langsung Tiada Perasaan Cinta Pada Johan As’ari