in ,

Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Dengan Duit Syiling & Al-Quran

Kalau sebelum ini kita pernah dengar, Samsung membayar saman kepada Apple dalam bentuk duit syiling, sekarang teori kaedah yang sama telah digunakan oleh pengarah Erma Fatima untuk membayar saman kepada pelakon Rabecca Nur Al-Islam.

Budiey kira, kejadian ini adalah pertama kali berlaku di Malaysia, kan? Apa lagi, mahu tak terkejut Rabecca semasa menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

[dropcap]B[/dropcap]udiey kira, ini satu jenaka dan ianya terlalu sininal. Bukan sahaja duit syiling malah, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

Erma Fatima Bayar Saman Rabecca Dengan Duit Syiling & Al-Quran

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?”

– Rebecca

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.

“Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah? Biarlah… apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya.”

Huhu, duit 5 sen tak pe lagi, kalau bagi duit 1 sen, agak-agak macamana la ek?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Pass Cabaran Dashing 2013 Grand Final

Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah Menampilkan Johan As’ari