in ,

Izzue Islam Lancar Muzik Video Terbaharu Berjudul MUZIK TIDURANKU

Tahniah Budiey ucapkan buat pelakon, penyanyi dan pengacara, Muhammad ‘Izzul Islam atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam yang telah berjaya melancarkan single terbaru beliau MUZIK TIDURANKU di The Loft Event Space, Setia Alam yang juga selaku Penaja Rasmi Lokasi.

Tengok MV, ada penampilan Asyraf Muslim dan berlatar belakangkan lokasi yang menarik dan bersejarah di luar negara. Sungguh cantik.

Nama Izzue Islam tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Sejak bertapak di dalam industri muzik Malaysia bersama kumpulan Forteen dan percubaan berani solo single pertama beliau berjudul “Bimbang”, Izzue Islam bersama syarikat pengurusan beliau IIAN Enterprise telah berusaha keras menjayakan single terbaru beliau yang ditunggu oleh penggemar muzik tempatan. Populariti Bimbang disusuli dengan single kedua mereka “Sahabat” yang menerima sambutan hebat dan di sokong oleh persembahan langsung beliau yang sering tampak bersahaja serta pilihan lagu sebagai ‘original soundtrack’ sangat memberi impak kepada penggemar muzik tanah air.

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu solo beliau adalah hasil ciptaan IIAN (Izzue Islam & Awin Nurin) seiring dengan perjalanan seni Izzue Islam untuk mengembangkan bakat seninya dalam bidang penulisan lirik & mencipta lagu.

Atas kerjasama dari Astro Gempak, IIAN Enterprise dan VOXSCAPE Entertainment, music video rasmi MUZIK TIDURANKU juga turut di lancarkan hari ini dan penonton boleh menikmati secara eksklusif di Youtube channel Astro Gempak tepat jam 9 malam.

MUZIK TIDURANKU, dicipta sepenuhnya oleh IIAN. Tercetusnya idea untuk menulis lagu ini adalah ketika sejak kali pertama Izzue Islam mengenali isterinya, Awin Nurin. Muzik Tiduranku adalah sebuah lagu yang positif. Berkisah tentang perasaan cinta, kasih & sayang seseorang terhadap pasangan! Jika berjauhan, perasaan rindu itu pasti terbawa ke dalam mimpi.

Jadi IIAN luahkan perasaan rindu itu melalui melodi sehingga terciptalah Muzik Tiduranku. Jika rindu, dengarkan melodi indah ini & tidurlah dengan lena…

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

Dengan produksi single yang dikeluarkan sendiri oleh Izzue Islam dan olahan muzik dari Gjie 6ixthsense, “Muzik Tiduranku” boleh didapati secara digital di semua streaming platform termasuk Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Deezer, KKBOX pada hujung February nanti.

Demi menyokong pelancaran single MUZIK TIDURANKU, Izzue Islam akan mengadakan ‘street tour’ di lokasi yang terpilih yang akan diumumkan kelak untuk lebih dekat kepada peminat muzik tempatan, beserta dengan kejutan-kejutan yang akan dibawa untuk menghargai penyokong yang selama ini berdiri teguh dibalik perjalanan karier muzik Izzue Islam.

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

PELANCARAN MUZIK TIDURANKU IZZUE ISLAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Riuh, A Creative Platform Gong Xi Riuh Weekend

Sekitar Festival Gegaria di Setia Alam