in

Project Alpha Musim Ke 2 Lebih Popular

Project Alpha kembali lagi. Ingat lagi tak dengan program realiti yang menampilkan penulis blog popular ni? Ya, pada musim pertama dulu, Budiey pernah menjadi salah seorang tetamu dalam Project Alpha. Memang seronok dapat peluang macam tu.

Bloopers oh bloopers! Fouziah Gous pun nak promote jugak tapi…

Budiey dengar, Project Alpha musim ke-2 ini lagi hebat sebab semua penulis blog yang tampil untuk edisi kali ini lebih mantap, lebih glamor dan lebih gah! Mmm… betul ke? Apa taknya, bila Budiey tengok senarai blogger yang terlibat… Pergh! Semuanya adalah selebriti ternama termasuklah Azwan Ali!

Okay, jom kita tonton trailer ni dulu:

Kalau nak tahu senarai penuh, siapakah penulis blog yang bertuah untuk musim ini, kenalah tonton Project Alpha musim ke-2.

Project Alpha disiarkan secara langsung secara talian setiap hari selama 4 minit sahaja.

Okay, kat sini, Budiey kasi list, macamana nak tonton Project Alpha. Ada banyak cara untuk tonton Project Alpha, antaranya:

1. www.projectalpha.com.my
2. www.nuffnang.com
3. www.projectalpha.ruumz.com
4. www.dailychilli.com
5. www.hitz.fm
6. www.era.fm
7. www.youtube.com/projectalphashow.com
8. www.facebook.com/projectalpha
9. Join grup : www.projectalpha.ruumz.com/groups

Nak lebih puas lagi, Project Alpha akan disiarkan setiap minggu untuk 30 minit di Astro Hitz.tv. Di mana layarnya lebih besar dan kapasiti penontonnya juga pastinya meluas. Pasti rating akan naik punya!

Ini dia wajah-wajah blogger Project Alpha musim ke-2.

4523055975 4C1F263364 O | 3

Selepas musim ke-2 bersiaran, pasti akan ada Project Alpha musim ke-3. Jadi, kepada korang yang bergelar blogger, bolehlah menyertai ujibakat dengan menghantar video sample audition di : www.projectalpha.ruumz.com/groups. Manalah tahu, kali ini, anda pula yang akan jadi popular dengan penangan Project Alpha!

Sebenarnya, pada hari ini, video Project Alpha musim baru telah pun boleh diikuti dengan rakaman Reunion Project Alpha musim pertama yang telah terbang ke Kuching. Jom tonton yang ni dulu ya.


Episod Pertama


Episod Kedua

Untuk musim ke-2 ini, Budiey dan batch pertama Project Alpha musim pertama telah tampil dengan slot Reunion. Yea, kami bertuah kerana telah diterbangkan ke Kuching, Sarawak dengan ditaja oleh Malaysia Airlines System (MAS) dan Hotel 360 Kuching juga telah menaja penginapan kami di sana.

4523698710 7C8D49B0B6 O | 4

Budiey pastinya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAS dan Hotel 360 kerana tanpa penajaan dan kerjasama daripada penaja pastinya kami tak dapat merasai pengalaman yang sangat menarik sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Oh ya, selain syarikat penerbangan rasmi Malaysia Airlines dan Hotel 360, Project Alpha musim kedua juga mendapat sokongan daripada Adidas Action 3, naungan jalur lebar rasmi p1 W1MAX, mikrosit social rasmi Ruumz.com, portal talian rasmi thedailychilli.com, pendandan rambut dan persolekan rasmi A Cut Above, kosmetik rasmi Rimmel London, dan Millennium Hotel di Mayfair, London, UK.

4523058605 339F418539 O | 5

Xia Xue, blogger paling famous.

4523050093 974Fe66Db2 O | 6

Azwan Ali

Bagi Budiey, sekarang ini masyarakat sudah mempercayai blog sebagai satu medium untuk menyampaikan info dan pendapat. Jadi, tak secara langsung dapat menarik banyak syarikat untuk menaja blog dengan mengiklankan produk mereka.

Lagi pun, sfera blog kini dah jadi kegemaran orang Malaysia untuk menceritakan gaya hidup mereka yang pelbagai rencah dan asam garam.

Majlis Pelancaran Project Alpha 2

Budiey turut hadir di Majlis Pelancaran Project Alpha 2 yang telah diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada 7 April 2010 lalu. Memang happening kali ini sebab ramai sekali media yang datang.

Sibuk-sibuk pun, Budiey datang juga, semata-mata nak ambil gambar blogger glamor kat majlis ini.

4523682832 5841D4C570 O | 7

Tiga orang penting dalam menjayakan Project Alpha telah hadir untuk berucap. Antaranya, Mr. Sam Wong dari StarAsia Malaysia Sdn Bhd wakil dari Adidas Active 3, Encik Mohamad Idham Bin Nawawi dari Packet One Networks Sdn Bhd, Timothy Tiah dari Nuffnang dan Ms Tan Wai Fong dari Malaysia Airlines.

4534073041 Dcd6254E8C O | 8

Mr. Sam Wong dari StarAsia Malaysia Sdn Bhd

4523685570 A9Ff89F19A O | 9

Ms Tan Wai Fong dari Malaysia Airlines

4523685312 0E554101D2 O | 10

Encik Mohamad Idham Bin Nawawi dari Packet One Networks Sdn Bhd

Budiey suka memetik ucapan dari Encik Idham yang menyatakan sokongan kepada media sosial kerana P1 memahami untuk turut sama-sama dengan media sosial dalam menyampaikan info kepada pelanggan P1 dengan lebih berkesan.

Lagi pun, pendapat dan pandangan yang diutarakan dalam media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter mempunyai pengaruh yang besar dalam kuasa beli pengguna. Memang benar, pada masa sekarang ini, media sosial mempunyai cukup momentum dalam melahirkan impak segera dan berterus terang dalam kehidupan seharian kita.

Yang menariknya, kali ini Project Alpha meluaskan lagi lokasi pengambaran di lokasi yang lebih meluas iaitu di Ipoh Perak, Kuching Sarawak dan paling jauh setakat ini iaitu London.

4523049553 F26Fc577C2 O | 11

Boss Nuffnang, Timothy pun turut hadir di majlis sidang media.

Di London krew produksi telah mengembara di beberapa tempat yang terkenal termasuk Mayfair, Trafalgar Square, Chelsea Football Stadium, Big Ben dan London Eye. Salah satu episod akan menyiarkan pengacara Jojo Struys menemuramah salah satu pemblog Asia terkemuka iaitu Xiaxue bersama dengan wartawan, artis serta peminat media sosial terkenal Malaysia, Niki Cheong.

Untuk musim ke-2 ini, seramai 7 orang penulis blog terkemuka ditampilkan iaitu duta jenama Adidas – Ninie Ahmad, selebriti tempatan Azwan Ali, wartawan & artis terkemuka Niki Cheong, pemblog makanan KY Teoh, Gareth Davies @ Shaolin Tiger yang lahir di Britain tetapi telah terbiasa dengan budaya Malaysia, pengikut fesyen Ringo Tan @ Cheesie dan wartawan serba boleh dalam Joe Lee @ Klubbkidd. Pemblog Singapura terkemuka, Xiaxue yang buat kemunculan khas di majlis ini.

Pada 7 April belah malamnya diadakan majlis perjumpaan kesemua penulis blog Project Alpha musim ke2 dengan rakan blogger yang lain. Di acara santai-santai itu juga blogger nampak happy kerana dapat bersua muka dan bergambar. Bukan itu sahaja, selepas makan-makan, jemputan dapat menonton filem Kick Ass. Memang best & lucu filem tu.

Ini dia gambar yang sempat Budiey ambil…

4503291586 8525F6Ec17 O | 12

Blogger popular bersama penaja serta penganjur Project Alpha Season 2

4502658897 318Ab4F9Dd O | 13

Tu dia posing tak ingat dunia!

4523052189 1E8E7Db981 O | 14

Selepas dilancarkan ada sidang media.

4523684280 7270D9D41E O | 15

Host Emcee of the day!

4523696752 5154559F2C O | 16

Budiey bersama blogger Project Alpha Season 2

4523061425 1D7341Fca4 O | 17

Ada disediakan juga… booth Rimmel untuk menata rias.

4523061697 2962Ce6E91 O | 18

Ada makan-makan lagi. Memanglah best!

4523064187 6D0373B9A3 O | 19

Budiey bersama hos Project Alpha… Jojo Struys! Dia ni memang happy go lucky!

4523060397 7C242D2F5D O | 20

Tenyeh jangan tak tenyeh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Terbaru Bob AF Sinar Menunggu

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Semerah Cinta Stilleto