in

Movie Day Out Sensasi Selebriti Filem NINJA ASSASIN Ke-2

Oleh kerana sambutan dari pembaca yang sangat menggalakkan di Movie Day Out pada 5 Disember lalu, Budiey dengan ini menganjurkan Movie Day Out – Filem NINJA ASSASIN buat kali ke-2! Kepada pembaca yang tak berjaya dapat jemputan hari tu, bolehlah menonton filem lakonan Rain ini bersama pembaca Budiey.com yang lain untuk kali ni. Ada 20 tiket semua!

Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – NINJA ASSASSIN ke-2.

Bila? Hari AHAD ini, 13 Disember 2009, Jam 11.30 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC, Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang

KATEGORI: 18SG

Jom menonton beramai-ramai dengan pembaca setia yang lain.

Kepada pembaca, semua yang hadir akan berpeluang memenangi hadiah yang BEST-BEST menerusi cabutan bertuah daripada Budiey~! Semuanya menanti untuk korang~!

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6602632 sekarang!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

7 Filem Animasi Menghiburkan di RTM

Astro B.yond High Definition TV Pertama Dilancarkan