in ,

Astro B.yond High Definition TV Pertama Dilancarkan

ASTRO bawa Hiburan Generasi Akan Datang
ke Kediaman di Malaysia
Perkhidmatan Definisi Tinggi Pertama bermula pada 18 Disember

4176445664 Ab55E351B0 O | 4

Paul Dale (Chief Technology Officer), Dato’ Rohana Rozhan (CEO) & Henry Tan (COO)

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2009 – ASTRO hari ini melancarkan ASTRO B.yond, perkhidmatan inovatif berbilang peringkat yang bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama – membawa tanda aras baru ke dalam industri penyiaran Malaysia.

4176457394 647Be7848C O | 5

Logo Astro B.yond

4175685373 9715Eeeb03 O | 6

“Kini ASTRO mempunyai 2.875 juta pelanggan, iaitu 48% jumlah penembusan TV di kediaman Malaysia.  Di ASTRO, kami sentiasa berusaha untuk membawa inovasi ke dalam kandungan dan juga teknologi dalam memastikan pelanggan  mendapat nilai maksimum daripada setiap Ringgit yang mereka bayar,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO.

4175685243 6753E52124 O | 7

Melalui teknologi terbaik dalam kelasnya, ASTRO B.yond yang baru ini menawarkan perkhidmatan lebih inovatif kepada pengguna yang akan diperkenalkan secara berperingkat.  Bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama sepertinya di Malaysia, ASTRO B.yond akan menukar pengalaman menonton TV kepada kemewahan paparan warna, kesempurnaan dan kejelasan imej yang diadun bersama bunyi sekitar yang menyeluruh. Perkhidmatan ini juga didatangkan bersama Panduan Program Elektronik (EPG) yang baru bersama ciri-ciri mesra pengguna bagi meningkatkan pengalaman tontonan anda.

4175687039 E34Dd6A7C0 O | 8

Oleh sebab perkakasan dan infrastruktur teknologi ASTRO B.yond adalah untuk persediaan masa depan, lebih banyak inovasi baru akan menyusul.  Pada tahun 2010, ASTRO berhasrat untuk menjadi stesen penyiaran pertama di dunia yang menawarkan rakaman video menerusi cakera keras binaan luar. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh merakamkan program kegemaran mereka dan menyusun jadual tontonan mengikut keperluan peribadi mereka.  ASTRO B.yond juga akan juga memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR), Video atas Permintaan (VOD) dan sambungan IPTV secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang.

4175696909 706Fda2072 O | 9

Tambah Dato’ Rohana lagi, “ASTRO B.yond adalah janji kami untuk berada di barisan depan inovasi dan untuk menyeronokkan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang lebih baik melebihi daripada jangkaan mereka.  Hanya dengan cara ini kami akan kekal sebagai pilihan utama mereka dalam dunia hiburan. Inilah janji kami kepada pelanggan setia bahawa yang terbaik bakal tiba.”

Oleh sebab ASTRO B.yond membabitkan satu perubahan besar dalam teknologi, ia memerlukan pertukaran keupayaan, perkakasan dan pemasangan secara mutlak.  Untuk merasai pengalaman ASTRO B.yond, pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan ini dengan hanya RM20 sebulan dan komitmen selama 12 bulan. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini, para pelanggan akan menerima sistem serba baru yang merangkumi kotak media B.yond baru, kad pintar baru, unit luar (ceper) baru, kabel pengantara Multimedia HD (HDMI) dan alat kawalan jauh baru.  Yuran pemasangan akan dikecualikan apabila menukar kepada sistem serba baru ini.

4175687507 D2A48E1Cf3 O | 10

 Kandungan HD ASTRO akan dimulakan dengan tiga bidang utama yang diiktiraf sebagai pemacu kandungan HD global: sukan, filem dan dokumentari.  Program yang boleh didapati termasuk termasuk ASTRO Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan HISTORY HD.  Peminat sukan pasti teruja apabila mendapat tahu bahawa tidak lama lagi mereka boleh menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dalam HD.  ASTRO bercadang untuk melancarkan lebih banyak saluran HD, termasuk kandungan tempatan, pada 2010.  Akses untuk menonton saluran HD bergantung kepada langganan pakej semasa pelanggan.

ASTRO B.yond  akan menyiarkan siaran HD dalam  resolusi 1080i dan  resolusi 720p dalam keadaan tertentu, menawarkan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa: kualiti gambar dalam definisi tinggi yang 10 kali ganda lebih baik, kualiti audio yang lima kali ganda lebih baik dengan bunyi sekeliling Dolby 5.1 seperti dalam pawagam, warna mewah dan skrin lebih lebar berbanding dengan TV definisi biasa.

4175696987 Fa5C703910 O | 11

Mulai 18 Disember 2009, pelanggan boleh mendaftar di laman web www.astro.com.my/byond atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ASTRO 1300 82 3838.  Oleh sebab pemasangan ASTRO B.yond membabitkan kediaman di seluruh Malaysia, pelanggan akan dilayan mengikut giliran.

“Pada hari ini, kira-kira 1.2 juta pelanggan kami bersedia untuk beralih kepada HD. Menurut satu laporan industri, 59 peratus daripada semua televisyen yang dijual pada setengah tahun pertama 2009 sudah dilengkapi keupayaan HD, dan jualannya terus meningkat.  Semua data menunjukkan bahawa langkah ASTRO untuk memperkenalkan perkhidmatan HD adalah tempat pada masanya dan pasaran sudah bersedia untuk menerima kandungan HD,” kata Dato’ Rohana.  

“ASTRO B.yond adalah strategi proaktif ASTRO untuk membawa hiburan masa depan kepada rakyat Malaysia dan untuk kekal sebagai pilihan nombor satu mereka.  Kami ingin terus memperkaya kehidupan mereka dengan membawakan inovasi dalam kandungan kami, platform penyampaian dan perkhidmatan,” jelas Dato’ Rohana. 

4176457816 306F31A31B O | 12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti Filem NINJA ASSASIN Ke-2

Temubual Eksklusif Bersama Dr. John Gage Di Program Tamu Awani