in

Movie Day Out Budiey.com Menonton NEW YEAR’S EVE

Salam buat semua pembaca budiman,

Tak lama lagi kita akan sambut tahun baru 2012. Apa azam korang? Haa, Budiey tak nak cerita banyak pasal azam tapi untuk entry kali ini, Budiey nak jemput 30 orang pembaca untuk menyertai Movie Day Out menonton filem yang dilakonkan oleh ramai pelakon terkenal Hollywood iaitu New Year’s Eve … Budiey nak belanja korang! Tiket percuma untuk korang + korang akan dapat goodie bag istimewa dari budiey.com. Dan yang bestnya, selebriti jemputan untuk Movie Day Out kali ini ialah penyampai Hot FM yang terhangat, bukan Fara Fauzana, bukan Faizal Ismail tapi… Deen Hot FM. Amacam, mahu tak?

New-Years-Eve-Theatrical-Promo-Poster-500x737

Sinopsis Filem New Year’s Eve :

New Year’s Eve
Genre: Komedi & romantik
Durasi: 2 jam
Pengarah: Garry Marshall

Pelakon: Jessica Biel, Jon Bon Jovi, Abigail Breslin, Chris Ludacris Bridges, Robert De Niro, Josh Duhamel, Zac Efron, Hector Elizondo, Katherine Heigl, Ashton Kutcher, Seth Meyers, Lea Michele, Sarah Jessica Parker, Michelle Pfeiffer, Til Schweiger, Ryan Seacrest, Hilary Swank dan Sofia Vergara

Sinopsis: Filem New Year’s Eve meraikan cinta, harapan, kemaafan, peluang kedua dan permulaan baharu dalam beberapa kisah pasangan serta individu. Dengan latar belakang kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di kota New York, malam menjelang tahun baharu akhirnya menjadi momen yang paling bermakna dalam hidup golongan tersebut.

Tarikh: Hari Sabtu, 24 DISEMBER 2011, Jam 3.30 petang

Waktu Tayangan: 4 PETANG

Di mana? Pawagam TGV Suria KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan + dapat beramah mesra dengan Deen Hot FM!

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Tiket dah pun HABIS… Sorry guys!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Trailer Filem New Year’s Eve :

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Loudspeaker Y2K 11 25 Disember Ini

Anuar Zain Promo Tour di Singapura