in

Anuar Zain Promo Tour di Singapura

ANUAR ZAIN PROMO TOUR BAKAL GEGAR SINGAPURA

BERSEMPENA kelahiran album terbaru penyanyi lelaki terulung Negara, Anuar Zain, yang mengambil namanya sebagai tajuk album itu, Universal Music Malaysia menerbangkannya ke negara jiran, Singapura, pada 26 hingga 27 Disember ini, bagi jelajah memperomosikannya secara besar-besaran bagi menghangatkan lagi kedatangan album ini.

Kepergian Anuar selama dua hari di Negara Temasik itu bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, termasuk sesi meraikan peminat dan aktiviti promosi yang dijalankan dengan kerjasama pada antara kedua-dua pihak Universal Music Malaysia dan Singapura.

Anuar Zain

Berbekalkan album yang turut memuatkan single terbaru Anuar berjudul Cinta Harus Memiliki itu, antara aktiviti yang bakal disertai penyanyi itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada ialah sesi bertemu syarikat pengurusan acara sempena Wedding, Lifestyle and Shopping Paradise Expo.

Anuar dijangka menyerahkan poster terkini album Anuar Zain selain mempersembahkan dua lagu iaitu Cinta Harus Memiliki selain lagu terdahulunya yang masih popular sehingga kini, Lelaki Ini, serta acara menandatangi autograf kepada tetamu yang hadir.

[pullquote align=”right”]Bukan itu sahaja, turut diadakan ialah kesempatan untuk peminat bergambar bersama penyanyi pujaan mereka itu dengan sedikit bayaran sebagai mengisi tabung pembinaan Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau.[/pullquote]

Pada sebelah petangnya, Anuar akan dibawa ke Aras 1, City Square Mall Atrium, Kitchener Road, bagi meraikan pemenang yang terdiri daripada pendengar radio dan pelanggan syarikat telekomunikasi bersama hos yang juga penyampai Radio Ria, Singapura.

Aktiviti pada hari Isnin itu diteruskan pada sebelah malam di stesen televisyen Mediacorp untuk penampilan khas menerusi rancangan televisyen secara langsung, Jus, yang ditayangkan menerusi saluran Suria. Anuar dijangka menyanyikan lagu Cinta Harus Memiliki malam itu.

Hari kedua pula bakal dipenuhkan dengan aktiviti promosi bersama media khususnya di rangkai Mediacorp, dimulakan dengan kemunculan di radio Ria 897 FM (Paparazzi Pagi) secara langsung bersama penyampai Adi Rahman dan Aura Shai , juga acara sembang secara interaktif yang juga rancangan paling popular d stesen radio berbahasa Melayu itu.

Selepas itu, Anuar akan merakamkan suaranya di stesen radio sama untuk rancangan Go Glam bersama penyampai Hafeez Glamour, sebelum tampil menerusi radio Warna 94.2FM untuk rancangan Ceria Keluarga secara langsung bersama penyampai TG dan Zaza Majid yang juga rancangan bual bicara popular di sana.

Wakil media turut tidak melepaskan peluang untuk menjalankan sesi temubual bersama Anuar Zain, malah pihak Universal Music Singapura telah menyusun giliran penyanyi itu untuk bersama wakil media seperti Today Paper, Majalah Manja, Berita Harian Singapura, Selebriti, Straits Times, The New Paper dan Majalah Sutra.

Ternyata detik yang paling ditunggu-tunggu peminat di Singapura ialah sesi bertemu peminat yang bakal berlangsung pada sebelah malam di Lagun Sari, dan antara aktiviti yang bakal disediakan ialah persembahan secara langssung daripada Anuar sendiri dan permainan antara penyanyi itu dan peminat setianya.
Ternyata kehadiran Anuar kali ini di Singapura amat bermakna memandangkan ini adalah peluang keemasan bagi semua pihak yang mengenali lelaki ini untuk mendekatinya.

Untuk maklumat layari www.facebook.com/universalmusicsingapore atau www.facebook.com/universalmalaysiadomestic

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Budiey.com Menonton NEW YEAR’S EVE

Hidup Sihat Dengan Hanya Berjalan Kaki