in

MinnalFM Raikan Acara Mini Ponggal 2019

Seperti tahun lepas, tahun ini juga Minnalfm telah mengadakan sambutan Pesta Ponggal 2019. Sambutan ini telah diadakan pada 16 Januari 2019 di Perkarangan Wisma Radio, RTM yang turut dihadiri oleh Puan Che Rohana Che Omar, Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa, Encik Nordin Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Program Radio, Pengurus Minnalfm Puan Sumathy, para pegawai kanan RTM dan pengurus-pengurus saluran radio meraikan mini ponggal bersama rakan-rakan media dan para pendengar setia Minnalfm.  

Mini Ponggal 2019

MinnalFM Raikan Acara Mini Ponggal 2019 Bersama Peminat  

Sambutan Pesta Ponggal ini dimeriahkan lagi dengan adanya kehadiran tetamu pelbagai bangsa. Antara aktiviti yang diadakan ialah, pertanding Memasak Ponggal yang melibatkan rakan-rakan media dan juga pendengar Minnalfm. Ia turut disertai oleh DJ Minnalfm. Ia merupakan salah satu langkah untuk mengukuhkan lagi hubungan bersama para pendengar dan juga media selain merapatkan hubungan silaturahim.

Mini Ponggal 2019

Persembahan tradisional juga telah menjadi tarikan sambutan ponggal ini. Puan Sumathy selaku Pengurus Minnalfm dalam ucapannya mengatakan bahawa Minnalfm akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ini bagi melahirkan hubungan baik bersama pendengar dan juga pihak media. Beliau juga turut mengumumkan tentang liputan selama 50 jam untuk sambutan Thaipusam yang akan bermula pada 21 Januari 2019.

Liputan itu akan diberikan daripada Pulau Pinang, Ipoh, Batu Caves, Sg.Petani, Johor.

Mini Ponggal 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Filem TRAIN TO BUSAN

Valentine’s Day Movie FALL IN LOVE AT FIRST LOVE