in , ,

Piraveen Juara Bintang Minnal@RTM 2020

Anak kelahiran Bidor, Perak, Piraveen A/L Nadarajan berusia 21 tahun telah dinobatkan sebagai juara Bintang Minnal@RTM 2020 di pentas akhir yang telah berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 3 Oktober 2020 yang lepas.

Piraveen yang mendendangkan lagu bertajuk ‘Nallai Allai’ dan duet bersama Santhesh menerusi lagu ‘Amalina’ berjaya memukau para juri dengan membawa wang tunai RM10,000.00 beserta sijil dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Jaya Bharkavee A/P Chandra Rao dari Rawang, Selangor juga merupakan pelajar Kolej Politeknik Merlimau yang menyanyikan lagu bertajuk ‘Who Is The Hero’ dan nyanyian duet bersama Khai Bahar iaitu ‘Rahsia Kita’, membawa pulang wang tunai RM7,000.00 turut mengungguli Persembahan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM3,000.00 serta dinobatkan peserta Paling Polular di Media Sosial.   

Piraveen (Juara) merakam foto kemenangan bersama-sama Jayabarkavi (Tempat Kedua) dan Ruhan (Ketiga)

Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Ruhan A/L Ravindran, seorang pelajar tingkatan 6 dari SMK Abdul Rahman Talib yang mempersembahkan lagu ‘Poonthenil Kalanthu’ dan nyanyian duet bersama Wany Hasrita bertajuk ‘Belenggu Rindu’ sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00 beserta trofi. 

Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Jamel Bin Seman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Kejuruteraan Penyiaran) Jabatan Penyiaran Malaysia. Turut hadir Puan Malinaziah Datu Mohd Julaspi, Pengarah Bahagian Program Radio dan Puan Sumathy A/P Vadiappan, Pengurus Radio Minnalfm. 

Pertandingan Akhir Bintang Minnal@RTM 2020 yang bersiaran secara langsung pukul 9.00 malam di saluran TV2 ini adalah anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui radio MINNALfm merupakan sebuah program realiti yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian dikalangan masyarakat India.   

Pendekatan baharu Bintang Minnal@RTM 2020 yang diperkenalkan ialah di mana peserta akan menyanyikan dua buah lagu iaitu dalam Bahasa Tamil dan kemudiannya menyanyikan sebuah lagu dalam Bahasa Melayu secara duet bersama-sama artis popular tanah air. 

Piraveen (Juara), merakam foto kemenangan bersama-sama tetamu kehormat Tn Haji Jamel Seman (TKP,OP)

Seramai lapan peserta bertanding pada peringkat akhir iaitu peserta lelaki dan lima peserta wanita. Lima pemenang hadiah saguhati menerima RM1,000.00 setiap seorang. Mereka antaranya Mithelle Grace A/P Francis, 26, Negeri Sembilan,Gayathiry A/P Thamotharan, 18, Setapak, Kuala Lumpur, Thiviyashini A/P Prapakaran, 20, Ipoh, Perak, Dhanasegarran A/L Manoharan, 23, Perak dan Arulini A/P Arumugam, 18, Ulu Tiram, Johor.  

Pada peringkat akhir malam tadi, kesemua lapan peserta dinilai oleh juri menerusi kemampuan mereka mendendangkan dua buah lagu iaitu dalam Bahasa Tamil (solo) dan Bahasa Melayu (duet) yang dipilih. 

Antara artis jemputan yang hadir menyampaikan nyanyian ialah Khai Bahar, Wany Hasrita, Shantesh, Neeta dan Hasmita Selvam. Pengacara pula disampaikan oleh Theyvekgam, penyampai radio MINNALfm dan Diyana Hashim, penyampai radio TRAXXfm. 

Piraveen ketika ditemuramah berkata, beliau terkejut dan berasa amat berdebar apabila namanya diumumkan oleh pengacara sebagai juara Bintang Minnal@RTM 2020. Beliau berasa amat bersyukur dan gembira atas hasil usahanya menjalani latihan vokal setiap hari dan berkat doa dari ibu bapa dan rakan-rakannya.  

Beliau yang berusia 21 tahun seorang pelajar bidang perakaunan merupakan anak kelahiran Bidor, Perak ini mengakui amat meminati bidang muzik sejak kecil lagi.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alfie Templeman Shares New Single & Video for FOREVER ISN’T LONG ENOUGH

Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Berikut Senarai Penuh Pemenang