in ,

Minggu Setiausaha Mawi di Palace Of The Golden Horses

Pada 3 Mac lalu, Sensasi Selebriti telah ke Hotel Palace of The Golden Horses untuk mengikuti sidang media minggu setiausaha bersama Mawi. Setakat ini dah sah Mawi dah ada dua show untuk minggu setiausaha. Laku betul si Mawi kita ni kan?

Minggu setiausaha kembali lagi, namun untuk sekian kalinya, resort dan hotel terbaik Malaysia, Palace Of The Golden Horses dengan kerjasama Maestro Talent Management mempersembahkan acara tahunan yang cukup eksklusif iaitu Minggu Setiausaha yang cukup meninggalkan kesan.

MAWI + MILA + DEE
Dalam tahun 2005, Palace Of The Golden Horses telah mengadakan makan tengahari esklusif untuk minggu setiausaha dengan membawa Mawi dan rakan-rakan Akademi Fantasia seperti Marsha dan Bob, tetapi untuk pertama kalinya, secara eksklusif Mawi dibawa ke Palace Of The Golden Horses untuk menghiburkan para setiausaha dan ditemani dengan rakan serta juara Akademi Fantasia 5 yang cukup berbakat iaitu Mila dan diacarakan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Dee untuk majlis tersebut.

“GO GREEN WITH MAWI” TEMA MINGGU SETIAUSAHA
Bertemakan “Kehijauan Bersama Mawi” atau “Go Green With Mawi”, acara makan malam ini akan diadakan di Royal Ballroom di Palace Of The Golden Horses pada 4hb April 2008, pukul 7.30 malam. Tema “Go Green With Mawi” adalah cukup bersesuaian dengan suasana hotel dan persekitaran yang menghijau dan cukup nyaman. Begitu juga dengan usaha yang diambil oleh pihak hotel dalam memelihara alam semulajadi serta menghijaukan alam sekitar, pihak pengurusan hotel telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan menubuhkan satu persatuan yang dinamakan sebagai [email protected].

Persatuan yang baru ditubuhkan ini cukup aktif dalam menjalankan kempen bagi menyedarkan orang awam mengenai kepentingan alam sekitar serta memfokuskan ke arah bagaimana menjimatkan kos dan tenaga yang digunakan di hotel. Dengan ini, menjadikan Palace Of The Golden Horses sebagai hotel yang terulung dalam penggunaan tenaga secara efisyen dan mengekalkan kehijauan dan simbiosis di antara alam sekitar dan manusia. Oleh yang demikian, pihak pengurusan telah mengambil satu inisiatif untuk melancarkan secara rasmi [email protected] bersama Mawi dalam majlis yang cukup berprestij ini.

Dalam pada itu, konsep “Hijau” yang menjadi tema majlis makan malam minggu setiausaha itu nanti akan dimeriahkan persembahan nyanyian terhebat Mawi dan Mila, pertunjukkan silap mata dipersembahkan oleh Mawi sendiri serta yang pasti aksi spontan dan mencuit hati oleh pengacara terhebat iaitu Dee. Selain dari itu, persembahan pembukaan oleh kumpulan kesenian etnik “Balle Balle” pasti meninggalkan kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Acara esklusif tahunan ini tidak akan bererti tanpa tajaan dari pelbagai pihak. Sokongan saban tahun oleh Pihak Astro prima sebagai penyiar rasmi, Habib Jewels yang menyumbangkan barangan kemas bernilai RM 10,000 untuk tiga pemenang acara cabutan bertuah, pereka terkenal, Cosry sebagai pereka rasmi, Jojobali Spa, Nestle dan Palace Beach dan Spa menyumbangkan boucer serta hamper untuk pemenang cabutan bertuah.

Dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, tetamu akan dihidangkan dengan 4 set makan malam citarasa barat yang disediakan olen chef dan kumpulan masakan yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan mengikut tema yang cukup menarik iaitu suasana kehijauan dan elegan.

NAK BELI TIKET?
Bagi mereka yang membuat pembelian tiket sebelum 20hb Mac 2008, akan diberikan potongan harga sebanyak 10 peratus. Tiket-tiket boleh didapat dari harga RM250++ hingga RM500++ seorang. Tiket boleh didapati di kaunter tiket yang terletak di lobi hotel bermula 3hb Mac 2008.

Kepada setiap setiausaha dan majikan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan terbaik oleh Mawi, Mila dan Dee serta kumpulan balle Balle yang pasti membuatkan anda terhibur dan diingat sehingga bila-bila.

Untuk pertanyaan mengenai makan malam minggu setiausaha  “Go Green With Mawi” serta tiket, sila hubungi Palace Of The Golden Horses di 03-8943 2333 atau layari secara atas talian di www.mines.com.my

[tags]show mawi setiausaha, Palace Of The Golden Horses, harga tiket show mawi, Go Green With Mawi, Balle Balle, bill statement astro, dee hos profile, sharlinie dijumpai, mayat sharlinie, Jojobali Spa, Nestle dan Palace Beach dan Spa, cosry, habib jewels, price list, ekedai2u.com, gambar anak aznah hamid, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, bf deja moss, lirik matahariku, fendy gf[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah

Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!